Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Terima Kasih Rashid

Rabu, Februari 18 0 Komentar



Kad di atas merupakan pemberian ikhlas dari Rashid-KerdipanBintang, beliau merupakan seorang pendidik yang mengajar di salah sebuah negeri di Pantai Timur. Saya mewakili ahli keluarga KB begitu gembira dengan pemberian kad tersebut. Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ini akan berkekalan... Aminnn...

Read full post >>

Lagi Isu PPSMI.......: Gapena buat laporan polis

Ahad, Februari 15 2 Komentar

Badan penaung kepada persatuan penulis seluruh Malaysia, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) hari ini membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin membuat laporan tersebut tengahari ini di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Mereka pada mulanya merancang membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang (IPD) Wangi tetapi rancangan itu ditukar di saat akhir.

Dalam laporan polis itu, Ismail mendakwa pelaksanaan PPSMI "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) meperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

"Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

"Berasaskan kepada kehendak perkara 152(1) & 6 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17(1) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996), adalah wajib bagi semua mata pelajaran yang diajar di semua sekolah menggunakan bahasa Melayu," laporan polis itu dipetik.

Proses pertama Gapena

Ismail juga mendakwa pelaksanaan dasar itu akan "membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam jangka masa yang panjang".

Beliau ditemani setiausaha 1 Gapena Dr Zainal Abidin Borhan, Ketua 1 Persatuan Penulis Nasional (Pena) Datuk Baharuddin Zainal dan penulis Rejab Ismail, ketika membuat laporan tersebut.

Bercakap dalam sidang media ringkas selepas membuat laporan tersebut, Ismail berkata laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.

Ismail juga berkata, badan-badan gabungannya di seluruh Malaysia, akan membuat laporan yang sama berhubung pelaksanaan dasar itu di tempat masing-masing.

Ditanya tentang cadangan Gepena mengadakan perarakan keranda - dinamakan Keranda 152 - bagi menyatakan bantahan mereka, Ismail berkata: "Waktu kita bincang, macam-macam rancanganlah timbul. Hendak buat macam itu perlu minta izin."

Gapena sebelum itu mengadakan program khas bagi menyatakan bantahan mereka terhadap PPSMI melalui bacaan sajak dan pidato tokoh dan aktivis bahasa - dinamakan "Ratap Ratib Bahasa".

'Hak bahasa dan orang Melayu'

Bekas pengerusi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) - sebuah lagi badan yang memperjuangkan pemansuhan PPSMI - turut kelihatan, termasuk pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad.

Abdul Aziz sebelum itu dalam ucapannya di pejabat Gapena di ibunegara berkata, hak-hak berhubung bahasa dan kedudukan orang Melayu telah pun wujud sejak zaman penjajahan British lagi.

Perkara itu, kata beliau lagi, kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh soal peluang Gapena membawa isu PPSMI ke mahkamah, Abdul Aziz berkata, dari aspek undang-undang, Gapena mempunya hujah yang kukuh untuk menuntut semakan kehakiman.

"Bagaimanapun, saya bimbang kuasa menteri boleh menukar mata pelajaran Sains dan Matematik supaya tidak lagi menjadi matapelajaran teras. Menteri ada kuasa itu. (Kalau) itu (berlaku) maknanya, orang politiklah yang kena beritahu (menteri)," katanya menjawab soalan Baharuddin dalam majlis itu.

Abdul Aziz yang juga pengamal undang-undang menjelaskan, sesiapa sahaja sebagai warganegara Malaysia boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

"Gapena sebagai persatuan tidak (boleh). Gapena hanya sebagai penaja, nama sahaja. Sebagai entiti yang sah, ahli-ahlinya boleh bertindak," katanya.

Kira-kira 100 aktivis bahasa dan sastera hadir dalam majlis tersebut yang bermula sejak jam 9 pagi tadi.

Read full post >>

Takziah Buat Datuk Siti Nurhaliza

1 Komentar



Berita terkini lagi hangat..... Bapa kepada penyanyi wanita popular masa kini iaitu Datuk Siti Nurhaliza baru saja meninggal dunia lebih kurang jam 11.00 pagi tadi akibat komplikasi jantung. Difahamkan sebelum ini allayarham Tajudin ada menjalani pembedahan jantung..

Buat Datuk Siti Nurhaliza, kami ahli keluarga KB merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bapa yang amat disayangi.. Semoga terus tabah..... dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allayarham Tajudin dan tergolong dalam orang-orang yang beriman.... al-fatihah...



Read full post >>

Masej Di sebalik Hari Valentine..........

Sabtu, Februari 14 0 Komentar

HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi.

Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine..


oleh itu,jikalau anda(umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..




Read full post >>