Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

KB Bercuti Ke Melaka

Ahad, Januari 25 0 Komentar

Sempena cuti sekolah seminggu pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini, kami sekeluarga telah bercuti di Bandaraya Bersejarah Melaka. Kebetulan pula ibu mertua berada di rumah adik ipar di Melaka, jadi kesempatan ini diambil sekaligus menziarahi ibu tercinta.

Dikesempatan ini, KB ingin mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai...' terutama kepada rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menyambutnya... Buat teman-teman blogger yang setia mengunjungi blog ini.... KB memohon maaf kerana kurang berkesempatan menziarahi blog rakan-rakan.... maaf dipinta...

Harap maklum..

Read full post >>

Ade-ade Sajerrrr......

Jumaat, Januari 16 1 Komentar

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 Anggerik Cikgu Roslina bertanya pada anak muridnya ke mana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.

Cikgu : Siti pada musim cuti sekolah nanti kamu nak pergi kemana ?

Siti : Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang.

Cikgu : Kamu Ramli?

Ramli : Saya nak pergi Genting Highland.

Cikgu : Kamu Ahmad?

Ahmad : Saya teringin nak pergi bulan la cikgu.

Semua murid-murid ketawakan Ahmad.

Cikgu : Ahmad.. kalau nak pergi bulan kena jadi angkasawan dulu...ok. Kamu pula Adam.

Dengan semangat Adam menjawab...

Adam : Saya nak pergi Matahari...

Cikgu : Adam... matahari kan panas mana ada manusia pergi sana....

Adam : Kita pergi malam.....

Read full post >>

Terima Kasih Atas Kunjungan.....

Khamis, Januari 15 1 Komentar

Salam kepada semua rakan bloggers dan kepada pelayar yang baru pertama kali mengunjungi blog KB...

Sudah lama rasanya saya tidak membuat entry yang terbaru di blog KB.... begitu juga dengan kunjungan saya ke blog kengkawan semua..... Entahlah mengapa... tetiba mood untuk berblog terkedu seketika....

Kepada rakan-rakan yang masih sudi mengunjungi blog KB dan meninggalkan pesan serta bertanya khabar... diucapkan terima kasih di atas kunjungan kalian.... Buat pengetahuan anda... KB sekeluarga sihat namun kekangan-kekangan yang mendatang terutama di awal-awal musim persekolahan ini... membataskan waktu untuk berblog...

Sekian untuk makluman rakan-rakan....

Read full post >>