Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Suasana Kembali Ke Sekolah

Jumaat, Disember 19 6 Komentar

Penghujung tahun 2008 hampir sampai ke garisan penamatnya, ini bermakna juga bulan Disember hampir menutupkan tirainya. Maka dimusim-musim beginilah ibu-bapa mula pening memikirkan keperluan barangan yang hendak dibelikan untuk anak-anak yang bersekolah.

~Isteriku sibuk memilih kasut untuk anak-anak...~

Pukul purata seorang anak yang bersekolah di sekolah rendah memerlukan perbelanjaan di antara RM 150 hingga RM 200 seorang untuk membeli barangan sekolah dan yuran persekolahan. Anda bayangkanlah jika satu keluarga itu mempunyai anak yang bersekolah lebih dari seorang, dua orang, atau lebih...... Maka Rabaklah poket ibu-bapa bila musim persekolahan hampir tiba.

~Pilih...jangan tak pilih...~

Begitu jugalah aku dan isteri tidak boleh lari dari situasi ini. Kami mempunyai anak seramai 5 orang yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun 2009. Emmm.... kalau dikira secara kasar.. kami kena menyediakan RM 1000 untuk perbelanjaan mereka. Itupun kadang-kadang lebih daripada apa yang telah dibudgetkan. Alhamdulillah.. kami memang telah bersedia untuk menampung perbelanjaan tersebut.

~mencuba kasut....... oklah tu....~

Jadi, bonus yang kami dapat dalam bulan Disember memang sebahagian besarnya kami gunakan untuk membeli keperluan anak-anakmemasuki alam persekolahan. Maka pada hari ini (Khamis - 18/12/08) kami mengajak anak-anak membeli barangan keperluan sekolah mereka. Rabaklah.....rabak.... anda bagaimana pula.....?

~Amalina sibuk nak beg roda..... tahun depan tadika...~

~Baru dua bakul........ belum cukup...... hehehehehe~

Keluarga Bahagia

6 Komentar: to “ Suasana Kembali Ke Sekolah so far...

  • Yanmie 19 Disember 2008 8:47 PG
     

    salam..

    wah2 sibuknya cikgu mar kita nie ye..meriah yan tgk anak2 tu..mesti diorg sonok..

    tapi cikgu zam...hahhaa...besar ke kocek tu rabak nye??

  • Rafizah Nordin 19 Disember 2008 9:29 PG
     

    pilih dik, pilih...tak pe,ayah bayar sumenye, hehehe...
    zam,sy sibuk uruskan mak di hopsital,hb plak sibuk kerja.belum ada kesempatan nak sediakan kelengkapan psekolahan anak2.tahun ni anak sulong sy masuk darjah 2,anak kedua masuk tadika.dia orang mmg lah dah sibuk bertanya bile nak beli barang sekolah.nampaknya thn ni sprt thn lepaskan,sediakan psiapan di saat akhir....

  • Papa-Itam 19 Disember 2008 9:39 PG
     

    amboi k.mar macam D.O plak...tahulah bonus suami isteri dapat..........

  • zam 19 Disember 2008 10:48 PG
     

    Zam>Yanmie

    yea...Yan, anak-anak memang seronok memanjang... mak bapaklah yang pening... masing2 pandai memilih... hehehehe rabak tu taklah rabak koceknya...tpi beg duit yang tebal dah nipis jadinya...

    Zam>Fizah

    Tak mengapalah kak, persiapan di saat akhirpun ak mengapa...kalau ke sekolah pakai selipar jepun dulupun tak mengapa...cikgu tak marah kalau kukuh alasannya...tpi hendak ke anak2 sekarang gi sekolah camtu?? Moga emaknya semakin sembuh... syapun sedih gak kenangkan kisah akak...sbb emak syapun meninggal akibat penyakit kencing manis... sabar yea..

    Zam>Papa&Umie

    Emmm...memang, pasal pakain anak-anak akak yang banyak menentukan... hehehehehe..

  • kak ina kl 22 Disember 2008 6:03 PTG
     

    salam..akak belum lagi beli apa-apa pun...nasib baik tinggal 2 orang lagi yang bersekolah....
    memang kalau yang mampu kata rabak poket..macammana dengan orang yang berpendapatan bawah RM1,000.00....tu..bukan rabak..tapi serebeh tau...

  • @LiYaNNuaR 22 Disember 2008 9:23 PTG
     

    wah... sgt meriah yekkk... berapa bajet habis dah??? seronok la tengokkk...