Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

....Ketahuilah, Kau Pernah Menjadi Kekasihku....

Selasa, Disember 23 8 Komentar

Ceh.... kalau dilihat tajuk entry di atas nie... cam ada unsur-unsur jiwanglah pulak. Hehehe... jangan salah sangka pulak... tajuk tu betul tapi pengisian ceritanya yang nak diutarakan bukan bersangkut paut dengan jantina perempuan mahupun lelaki. Tapi percayalah anda semua.. suatu ketika dulu , diri ini amat bangga dapat memiliki 'kekasih' ku ini. Apatah lagi... masa mula-mula memilikinya di awal tahun 2000.... kalau dapat nak bawa tidur....

Tapi sayangnya, janji-janji ingin memiliki dirinya sampai ke akhir hayatnya mahupun akhir hayatku.... hanya tinggal janji.... Aku terpaksa melepaskannya pada tahun 2002 bulan Oktober. Ini semua gara-gara kegawatan yang melanda ekonomi keluarga ketika itu.... Aku terpaksa melepaskannya........ sedih sangat ketika itu.....
~Wira Sedan(JDR 4554).... nielah kekasihku satu ketika dulu....~

~Hilman & Afiqah sempat bergambar bersama kekasihku ini....... memori 2001~

Sebenarnya...... sudah lama aku ingin bersua dengan kekasihku ini sejak kami berpisah.... seperti dimakbulkan... ketika aku dan keluarga bertolak balik dari Rengit Ke Pasir Gudang... hajatku untuk bersua dengan bekas kekasihku ini makbulkan. Alangkah gembiranya hati ketika itu.... suka kerana hayat kami berdua masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu di antara satu sama lain.
~Detik pertemuan dan perpisahan pada Ahad(21/12/08) lalu...~

Untuk melepaskan rindu aku mengekorinya dari Sedenak sehinggalah kami berpisah di Bandaraya Johor Bahru. Terpisah sekali lagi... ntah bilakan bersua.. Hanya takdir Allah swt. yang dapat menentukannya. Semogakan bertemu lagi... Insyaallah.

Keluarga Bahagia

8 Komentar: to “ ....Ketahuilah, Kau Pernah Menjadi Kekasihku.... so far...