Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Tahniah Buat Lans Koperal Razak Bin Tobari

Isnin, November 24 7 Komentar

Salam buat semua pengunjung blog Keluarga Bahagia......


Adakah anda menonton berita di tv9 atau Buletin Utama di tv3 malam tadi (Ahad) pada pukul 8.00 malam tadi? Antara berita yang menarik perhatianku dan keluarga ialah tentang cubaan membunuh diri oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang cuba terjun dari bangunan 4 tingkat yang masih di dalam pembinaan.


Ada sebab mengapa kami begitu tertarik dengan berita tersebut kerana... salah seorang anggota polis yang berjaya memaut tangan wanita itu dari terus terjatuh merupakan abangku sendiri. Apabila penyampai berita menyebut Lans Koperal Razak Tobari berjaya memaut tangan wanita tersebut...aku begitu terperanjat... takku duga...abangku menjadi hero di dalam cubaan membunuh diri tersebut.


Buat Lans Koperal Razak... kami sekeluarga amat berbangga dengan keberanian anda... teruskan khidmatmu untuk agama, bangsa Malaysia dan tanahair... Ucapan tahniah juga kepada semua anggota penyelamat yang berjaya mematahkan cubaan membunuh diri tersebut..


Detik cemas....
Lans Koperal Razak berjaya memaut tangan wanita yang telah terjun itu..


Rakan-rakan anggota penyelamat memberi bantuan...
mangsa dapat diselamatkan.

video

Detik-detik cemas yang disiarkan melalui berita di tv9

~Audio visual kurang jelas kerana dirakam semula~

Keluarga Bahagia

7 Komentar: to “ Tahniah Buat Lans Koperal Razak Bin Tobari so far...