Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Projek Mega: Membina Roket

Rabu, November 5 9 Komentar

Wah.... nampak gah gitu jika dilihat tajuk pada entry kali ini..... Apa tidaknya... membina roket. Itulah realitinya, bukan fantasi, bukan angan-angan kosong dan hakikat sebenarnya....... anak-anak muridku ini tidak berangan-angan di siang hari. Jika Malaysia berjaya melahirkan seorang angkasawan negara... tetapi aku juga boleh berbangga kerana berjaya melahirkan insan yang boleh mencipta pengangkutan menuju ke angkasa lepas.

Hehehehe..... kenapa? Anda tak percaya ke? Kalu tidak percaya kemampuan anak-anak didikku mencipta roket, sila perhatikan gambar dan tayangan video yang aku paparkan di entry kali ini. So.... u all nilailah sendiri......


Antara kumpulan yang sedang membina model roket......




Wahhh....roket kale merah la.... pasti nampak canggih nie..



Haaa...nielah model-model roket yang telah siap bersama model layang-layang...



Bersedia 1,2,3....... pelancaran roket SKPP 1 menuju ke planet Marikh siap sedia berlepas..



Satu lagi roket Saga 1 siap sedia dilancarkan ke angkasa lepas..




Jikalau anda nak tau... berjaya atau tidak roket ini dilancarkan.... sila lihat video di atas...

Keluarga Bahagia

9 Komentar: to “ Projek Mega: Membina Roket so far...

  • MD SULAIMAN 5 November 2008 9:46 PTG
     

    memang kreatif , boleh mengasah minda anak-anak kita.


    Kenapa tak pakai gas???

  • Tirana 6 November 2008 5:13 PG
     

    Memang kreatif anak-anak murid cikgu Zam..

    Teruskan mendidik mereka menjadi insan yang berguna

  • Tanpa Nama 6 November 2008 9:43 PG
     

    tahniah.....murid -murid blh melakukan aktiviti dgn jayanya....semua krn bimbingan guru 2 yg komited....syabas guru 2 skkp terutama abg .......

  • cikgu mar 6 November 2008 9:46 PG
     

    tahniah ...murid - murid blh melakukan aktiviti dgn jayanya...semua krn bimbingan guru 2 skkp yg komited...terutama abg...

  • Suzi 6 November 2008 4:44 PTG
     

    wah...tahniah buat anak2 kreatif itu dan guru yg mendidik mereka...
    belajar cara mcm ni mesti anak2 tu seronok...kan?...blh tunjuk bakat yg ada...

  • ONE ZABA 10 November 2008 9:39 PG
     

    puas aku melangut...satu roket pun tak melitas kat atas gunung ni...bila nak lalu ni

  • HaSz 10 November 2008 6:33 PTG
     

    salam... kreatif btol anak2 murid cikgu tue. saye pon berminat gak nak wat tuk anak2 murid saye. leh cikgu share caranyer tuk wat roket tue?... :-)

  • zam 10 November 2008 9:09 PTG
     

    Salam... terima kasih di atas komentar yang anda berikan pada entry kali ini.... komen2 anda amat saya hargai....

    oklah atas permintaan anda terutama HaSz, akan dikongsi bersama bagaimana untuk membuat roket ini.

    Barang2 yang diperlukan ialah botol air plastik 1.25 liter, salur tiub getah bersaiz kecil 1 meter panjang, penutup botol (getah atau gabus) yang telah berlubang ditengah2nya kemudian masukkan salur tiub dilubang tersebut, dan alat yang paling penting ialah pam basikal. itu sahaja barang2 yang diperlukan.

    Step 1

    Masukkkan sedikit air paip dalam botol (lebih kurang suku botol atau kurang lagi) kemudian tutup dengan penutup botol yang berlubang tadi siap dengan salur tiubnya sekali... tutup jgn terlalu ketat.

    Step 2

    Kemudian salurkan tiub getah dengan pam.... ape tunggu lagi terus mengepam sehingga roket yang dhalakan ke udara itu berlepas... Sila pastikan berlakunya pengembangan udara dan penolakan udara berlaku di dalam botol... apala ia berlaku maka botol akan tertolak ke udara...

    Step 3

    Kalu step 2 di atas tadi berjaya... barulah anda boleh menghiaskan botol tersebut ala-ala seperti model roket gitu.... kalu step 2 tu tak berjaya...cuba n try lagi... mybe ade kesilapan berlaku....

    Amacam bole try buat roket di atas mengikut step2 yang telah diberikan... moga berjaya... sampai ke bulan mahupun bintang..... ariosssss...

  • Sufi Idany 12 November 2008 6:55 PTG
     

    Salam Cikgu.... erm menarik dan idea yang creative skali.... time praktikal ri tu ada gak bdk2 lepas UPSR wat projek sains kan? mula2 tu tak faham tuk apa dan bila tgk cara nak lancarkan roket tu br laa faham.... menarik sgt...
    TAHNIAH!!