Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Bahaya Pengaruh sukan Tinju

Sabtu, November 29 1 Komentar

Nama-nama seperti Muhammad Ali, Mike Tayson dan lain-lain lagi tidak begitu asing bagi peminat-peminat sukan lasak tinju. Tidak dinafikan sukan tinju mempunyai peminat pelbagai peringkat lapisan umur. Baik yang sudah berumur 50-an ke atas, golongan dewasa (25 tahun - 50 tahun), tinju juga diminati oleh golongan remaja. Lebih memeranjatkan, kanak-kanak yang seawal usia 1 tahun dapat meniru aksi-aksi yang dilihat melalui sukan tinju ini.

Tentu anda juga merupakan salah seorang peminat sukan tersebut? Bersetujukah anda jika saya mengatakan yang sukan ini amat berbahaya untuk dipertontonkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak?Jika anda tanya tentang pendapat saya tetang sukan tinju......... terus terang saya katakan yang sukan itu tidak sepatutnya dipertontonkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak kerana ia banyak mendatangkan kesan buruk... dan ibu-bapa perlu sedar akan hakikat ini.

Mengapa saya katakan sedemikian? Sebab saya mempunyai bukti bahawa aksi-aksi bahaya tinju ini bukan saja menjadi ikutan golongan remaja dan kanak-kanak.... tapi golongan di bawah inipun telah terpengaruh.... Ini boleh meruntuhkan moral..... bukan moral kemanusiaan sahaja yang akan runtuh tatapi lebih rendah dari moral kebinatangan apabila golongan-golongan yang seangkatan spertinya telah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas sukan tinju ini. Siapakah golongan-golongan yang moralnya lebih rendah dari binatang bila terpengaruh dengan aksi lasak dan ganas sukan tinju ini? Nak tau? Nak tau...sila layan video dibawah ini:

video
~Haaa.... nilah golongan yang saya maksudkan....~

Jadi... rumusan yang boleh diperolehi daripada video di atas, setiap program tv yang tonton oleh anak-anak... kita sebagai ibu-bapa atau golongan yang lebih dewasa kena mempastikan yang rancangan tersebut sesuai untuk mereka. Tapi... awas yang bela kucing yea.... pastikan kucing anda juga tidak terpengaruh sama.......

(p/s: Hanya sekadar memberi sedikit nasihat dan jenaka dari blog KB)

Keluarga Bahagia

1 Komentar: to “ Bahaya Pengaruh sukan Tinju so far...

  • Zam 29 November 2008 1:33 PTG
     

    Binatangpun kalau dilatih berulangkali mampu memahami pergerakan tubuh badan manusia... inikan pula manusia.... Kita fikirlah sendiri.....!!!!