Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Awasi Pergerakan Anak-anak Sewaktu Musim cuti Sekolah

Khamis, November 27 5 Komentar

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat Malaysia?

Sepintas lalu, blog KB sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

(Petikan diambil dari: Harakah/26.11.08)

Keluarga Bahagia

5 Komentar: to “ Awasi Pergerakan Anak-anak Sewaktu Musim cuti Sekolah so far...

  • zam 27 November 2008 1:49 PG
     

    Salam kepada semua pengunjung KB,

    Musim cuti sekolah yang panjang nie..awas-awasilah anak-anak kita.. jangan sampai kes kehilangan Nurin Jazlin dan Sharlinie berulang lagi... kepada golongan dewasa jadilah masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap pergerakan anak-anak kita.. walaupun kanak-kanak tersebut bukan darah daging kita..

    ingatan ikhlas dari blog KB

  • linda 27 November 2008 8:04 PG
     

    Salam Zam. Betul apa yg dikatakan tu. Hati2 lah selalu walau di mana kita berada. Zaman skrg ramai manusia semakin hlg jiwanya. Sanggup lakukan apa saja utk kepentingan msg2. Salam.

  • zam 27 November 2008 11:11 PTG
     

    yes.... sye sokong 100% tu Linda....

  • Rafizah Nordin 29 November 2008 12:03 PTG
     

    zam,sy tinggal di tmn mdn.rumah sy boleh diktkan dkt jg dgn rumah sharlinie m nashar tu.emak sharlinie tu junior sy mase sekolah.kasihan...sampai skrg budak tu tak jumpe.entahlah mcm mana nasibnya.
    kejadian demi kejadian mmg menakutkan saya.sudahnya anak2 sya, sya kurungkan dalam rumah.belikan apa saja permainan yg mereka mahu.dan sll beralah klu mereka nak tgk cerita di tv.ini mengelakkan mereka berasa bosan biler berada di rumah dan menyalak minta di bawa keluar.
    anak2 saya tak mcm anak org lain.boleh keluar sesuka hati.gril mmg sentiasa bkunci.pintu mmg sentiasa btutup.dan sy ajar anak2 agar tidak sesuka hati mmbuka pintu kalu ada og ketuk gril di luar rumah apalagi ketika suami keluar bekerja dan hanya kami yg tinggal di rumah.mereka keluar,hanya bila saya & suami keluar.waktu petang, ketika anak org lain sdg terpekik2 main di luar rumah,anak2 saya hanya d rumah menonton televisyen.alhamdullillah...sampai sudah terbiasa,pekik2 bdk bermain di luar langsung tidak menarik minat mereka untuk minta keluar dr sy atau suami.itu cara saya mengawasi & menarik minat anak2 untuk sentiasa berada di rumah.
    satu lagi,sy sll bertanya apa yg mereka hendak makan.anak2 sy berusia 7 & 5 & 1tahun.ketika ini selera mereka sedang berkembang.sy akan masak apa saja yg mereka teringin bersama selitan kreativiti sendiri...

  • Zam 29 November 2008 1:20 PTG
     

    Salam....
    Terima kasih Rafiza di atas kunjungan anda.... tak sangka jelajah di alam maya ini mempertemukan kita... kebetulan entry saya kali telah membawa orang yang lebih dekat dan memahami orang telah kehilangan anak akibat diculik.... sampaikan salam saya buat ibu dan ayah sharlinie...

    Buat Fiza... begitulah caranya kita perlu megambil langkah berjaga-jaga ke atas pergerakan anak kita setelah apa yang berlaku ke atas Sharlinie...teruskan kaedah itu demi menjamin keselamatan anak-anak, syabas....

    terima kasih atas kunjungan anda...jumpa lagi..