Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Blogwork: Keluarga Bahagia di Tag

Sabtu, November 29 9 Komentar

Blog Keluarga Bahagia(KB) telah diberi tugasan oleh Tera-Lepidop salah seorang blogger yang baru dikenali. Di atas semangat setiakawan berblog, KB ingin melunaskan tugasan tersebut. Diharapkan Tera berpuashati ngan jawapan yang diberikan. Syarat-syarat tag seperti di bawah:

Soalan 1: Nyatakan destinasi terakhir anda pergi untuk merilekskan kepala otak dlm bulan November 08...jawapan wajib ada gambar posing maut...
~Minggu lepas pergi... nielah tempat yang boleh merelekskan, memancing di atas rakit... fikiran tenang sementara menantikan pancing direntap ikan..~

Soalan 2: Apakah pengalaman manis yang pernah terjadi dalam hidup anda....wajib post gambar..

~ Bagi KB..dah tentulah saat-saat manis nie tak bole dilupakan... tanggal 5/11/95~

Soalan 3: Apakah makanan kegemaran anda....gambar jugak...

~ Makanan nie kalu KB nampak.... bole mengalir air liur...kalu tak cepat2 merasa... hehehe ~

Soalan 4: Makanan yang anda paling tidak gemar.... nak juga gambar...
~Nielah tosey..salah satu makanan ala-ala india yang tak digemari.... masam kut..~

SOALAN 5: Sila lanjutkan tag ni kepada 7 orang... Mereka yang bertuah ialah:
~Tak mahu tag sesiapa.. maaflah KB tak dapat nak lanjutkan sebab nak bagi cuti kat kengkawan blog yang dikenali...~

Read full post >>

Bahaya Pengaruh sukan Tinju

1 Komentar

Nama-nama seperti Muhammad Ali, Mike Tayson dan lain-lain lagi tidak begitu asing bagi peminat-peminat sukan lasak tinju. Tidak dinafikan sukan tinju mempunyai peminat pelbagai peringkat lapisan umur. Baik yang sudah berumur 50-an ke atas, golongan dewasa (25 tahun - 50 tahun), tinju juga diminati oleh golongan remaja. Lebih memeranjatkan, kanak-kanak yang seawal usia 1 tahun dapat meniru aksi-aksi yang dilihat melalui sukan tinju ini.

Tentu anda juga merupakan salah seorang peminat sukan tersebut? Bersetujukah anda jika saya mengatakan yang sukan ini amat berbahaya untuk dipertontonkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak?Jika anda tanya tentang pendapat saya tetang sukan tinju......... terus terang saya katakan yang sukan itu tidak sepatutnya dipertontonkan kepada golongan remaja dan kanak-kanak kerana ia banyak mendatangkan kesan buruk... dan ibu-bapa perlu sedar akan hakikat ini.

Mengapa saya katakan sedemikian? Sebab saya mempunyai bukti bahawa aksi-aksi bahaya tinju ini bukan saja menjadi ikutan golongan remaja dan kanak-kanak.... tapi golongan di bawah inipun telah terpengaruh.... Ini boleh meruntuhkan moral..... bukan moral kemanusiaan sahaja yang akan runtuh tatapi lebih rendah dari moral kebinatangan apabila golongan-golongan yang seangkatan spertinya telah terpengaruh dengan aksi-aksi ganas sukan tinju ini. Siapakah golongan-golongan yang moralnya lebih rendah dari binatang bila terpengaruh dengan aksi lasak dan ganas sukan tinju ini? Nak tau? Nak tau...sila layan video dibawah ini:


~Haaa.... nilah golongan yang saya maksudkan....~

Jadi... rumusan yang boleh diperolehi daripada video di atas, setiap program tv yang tonton oleh anak-anak... kita sebagai ibu-bapa atau golongan yang lebih dewasa kena mempastikan yang rancangan tersebut sesuai untuk mereka. Tapi... awas yang bela kucing yea.... pastikan kucing anda juga tidak terpengaruh sama.......

(p/s: Hanya sekadar memberi sedikit nasihat dan jenaka dari blog KB)

Read full post >>

Awasi Pergerakan Anak-anak Sewaktu Musim cuti Sekolah

Khamis, November 27 5 Komentar

Masih ingatkah lagi wajah comel, Nurin Jazlin Jazimin dan Sharlinie Mohd Nashar yang mana kisah mereka begitu menyayat hati seluruh rakyat Malaysia?

Sepintas lalu, blog KB sekali lagi berhasrat mengajak ibu bapa dan semua pihak pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serba ringkas langkah-langkah 'Standard Operation Prosedure' (SOP) supaya kejadian buruk dapat dibendung seterusnya mangsa penculikan dapat dikesan dalam jangka masa terdekat sekaligus menyelamatkan nyawa mereka.

Berikut adalah antara tips dan langkah-langkah pencarian segera mangsa culik:-

Pada 45 minit pertama kehilangan kanak-kanak

1. Buat laporan awal dan menghubungi balai polis berdekatan, bilik gerakan daerah
2.Laporan segera supaya dapat dimaklumkan kepada kereta peronda dan polis bertugas
3. Walaupun laporan lazimnya dibuat selepas 24 jam kehilangan tetapi bukan satu kesalahan buat laporan awal
4. Maklum kepada jiran sebelah,terdekat, ketua kampung atau blok
5. Buat persempadanan pencarian segera dalam sekitar dua kilometer
6. Nyatakan nama, pakaian terakhir yang dipakai, perawakan dan ketinggian kanak-kanak
7. Hubungi segera talian NUR 15999 kerana hebahannya akan lebih drastik
8. Edar gambar kanak-kanak tersebut sekitar lima ke 10 kilometer daripada rumah keluarga mangsa
9. Edar gambar ke stesyen minyak, kedai serbaneka, rumah tumpangan, hotel, kedai makan khususnya kedai makanan segera.
10. Andaikan, untuk tutup mulut atau hentikan tangisan kanak-kanak, penjenayah akan membelikan makanan
11.Tampalkan juga di syarikat penghantaran makanan segera sebab kemungkinan penjenayah memesan makanan daripada tempat persembunyian.

Dua jam kemudian

1. Meluaskan lokasi pencarian ke kawasan yang 'di luar jangkaan'
2. Cari tempat yang tidak terlintas difikiran akan menjumpai mangsa.
3. Cari ke kawasan semak belukar, rumah kosong, perkuburan, stesyen bas, teksi dan keretapi.
4. Jangan abaikan tempat seperti bangunan sub-stesyen seperti janakuasa elektrik, kawasan tangki air walaupun itu tempat larangan.
5.Ambil kira faktor kecurigaan terhadap kediaman atau rumah yang disyaki ada penghuni tetapi sentiasa ditutup dan tidak menampakkan sebarang aktiviti langsung namun kelihatan sesekali kelibat inidividu keluar masuk.
6.Edarkan Poster ke sebanyak tempat mungkin

Mengenal pasti seseorang itu 'sedang diculik' atau jadi mangsa jenayah

1.Dalam kenderaan persendirian,melihat orang dewasa duduk di belakang bersama dan sedang memegang seorang kanak-kanak dan budak itu dalam raut ketakutan, diam atau pun menangis.
2.Dalam bas atau kenderaan awam, orang dewasa itu sentiasa memegang kejap dan erat kanak-kanak itu
3. Sentiasa menengking dan menyuruh kanak-kanak itu supaya mendiamkan diri
4. Dilihat antara orang dewasa dan kanak-kanak itu tidak mesra seolah-olah tidak ada hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Lokasi mudah penculikan

1.Tempat yang wujudnya komunikasi atau interaksi dengan mangsa seperti taman permaianan, pusat beli-belah, kunjungan pasar malam.
2.Tempat yang tiada pengawasan ibu bapa
3.Cybercafe dan tempat ibadah seperti masjid dan kuil juga tidak terkecuali daripada menjadi antara lokasi mudah untuk penculikan

Elakkan memberi wang ganjaran dan guna khidmat bomoh

1.Beri ganjaran selepas mangsa atau kanak-kanak itu ditemui bukannya sebelum itu.
2. Penjenayah yang pertama kali menculik, akan membuat dia lebih tertekan kerana merasakan ramai orang memburunya
3. Hasilnya penjenayah akan terus 'menyimpan' atau melepaskan mangsa.
4. Penjenayah mengambil tindakan yang tidak diingini
5. Bagi penjenayah yang berpengalaman, ganjaran ini semakin mengundang bahaya kepada mangsa.
6. Jangan para bomoh, paranormal atau dukun memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa dengan memberi jaminan bahawa mereka boleh menemui kanak-kanak tersebut.
7.Ikhtiar cara yang diredhai oleh Allah SWT

(Petikan diambil dari: Harakah/26.11.08)

Read full post >>

Notis Pemberitahuan: Blog KB Dalam Proses Penaiktarafan

Selasa, November 25 4 Komentar

Salam buat semua pengunjung blog Keluarga Bahagia....

Untuk pengetahuan dan makluman anda semua.... paparan blog kami di dalam proses penaiktarafan daripada dua kolum kepada tiga kolum..... jadi sekiranya anda mengalami kesulitan mengakses di blog ini....kemaafan dipinta....

Read full post >>

Tahniah Buat Lans Koperal Razak Bin Tobari

Isnin, November 24 7 Komentar

Salam buat semua pengunjung blog Keluarga Bahagia......


Adakah anda menonton berita di tv9 atau Buletin Utama di tv3 malam tadi (Ahad) pada pukul 8.00 malam tadi? Antara berita yang menarik perhatianku dan keluarga ialah tentang cubaan membunuh diri oleh seorang wanita berusia 39 tahun yang cuba terjun dari bangunan 4 tingkat yang masih di dalam pembinaan.


Ada sebab mengapa kami begitu tertarik dengan berita tersebut kerana... salah seorang anggota polis yang berjaya memaut tangan wanita itu dari terus terjatuh merupakan abangku sendiri. Apabila penyampai berita menyebut Lans Koperal Razak Tobari berjaya memaut tangan wanita tersebut...aku begitu terperanjat... takku duga...abangku menjadi hero di dalam cubaan membunuh diri tersebut.


Buat Lans Koperal Razak... kami sekeluarga amat berbangga dengan keberanian anda... teruskan khidmatmu untuk agama, bangsa Malaysia dan tanahair... Ucapan tahniah juga kepada semua anggota penyelamat yang berjaya mematahkan cubaan membunuh diri tersebut..


Detik cemas....
Lans Koperal Razak berjaya memaut tangan wanita yang telah terjun itu..


Rakan-rakan anggota penyelamat memberi bantuan...
mangsa dapat diselamatkan.



Detik-detik cemas yang disiarkan melalui berita di tv9

~Audio visual kurang jelas kerana dirakam semula~

Read full post >>

Gift Card's: Sedetikhati - Azza

Sabtu, November 22 1 Komentar






Penghargaan ditujukan buat Azza-sedetikhati, di atas pemberian gift card's di atas....
Friend's forever..... tq so much...

Read full post >>

Pic Kita & Sajak Sumbangan Miss Jaz's

Khamis, November 20 2 Komentar


~Pic Kita~

Salam.... semalam (Khamis), blog Keluarga Bahagia mendapat pesanan dari blogger Miss Jaz's supaya amik pic kita di blognye.... tinjau punya tinjau.... maka baru fahamlah erti maksud sebenar pic kita itu... hehehehehe.... terpampang semua muka2 bloggers di pic kita... rasa ikatan persahabatan yang terjalin di alam maya ini seakan-akan berada di depan mata walaupun tidak pernah bersua... Anda memang sungguh kreatif Miss Jaz's.... ideamu menghimpunkan semua bloggers di dalam pic kita memang bagus.... Buat Miss Jaz's ... thank's...


~Sajak sumbangan dari Miss Jaz's~

Read full post >>

Aktiviti Memancing

5 Komentar

Pic nie disnapp sekitar pukul 6.30 am.... ikan takde....

Semalam (Rabu).. saya bersama Muhammad Hilman (anak sulungku)... telah pergi memancing ikan di atas rakit di Rakit Salleh, Sungai Layang... Jaraknya lebih kurang 15 km dari rumahku.. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 9.00 malam selepas solat isyak..Cuaca pada ketika kami keluar dari rumah.. hujan renyai-renyai...

Sebenarnya dah agak lama aku tak pergi memancing... lebih kurang 6 bulan ku rasa tali tangsi joran-joranku tak merasa air laut atau air sungai... So... time cuti sekolah nielah aku cuba ambil2
kesempatan untuk pergi memancing... hehehehe...hilangkan giann.. dapat ikan atau tidakbelakang cerita...

Memang nasib tidak menyebelahiku malam nie.... keadaan cuaca yang sekejap-kejap hujan seakan-akan memberi petanda yang ikan takkan menjamah umpan-umpan di joranku... Sejuk sungguh malam nie... Bila ikan tidak sudi merentap umpan di joran.... akupun apalagi... hehehehehe.... buat taik mata la... tapi sedia maklumla.... tidur di atas para-para atau pelantar di atas rakit... manalah selesa...

Jika dibandingkan aku dan anakku.... anakkulah yang lebih banyak bersengkang mata memancing pada malam itu.... aku sekitar pukul 3.00 pagi hingga ke Subuh memang dah surrender dah.... Untuk makluman anda terdapat seramai 10 orang yang memancing di atas rakit tersebut pada malam itu. Tepat pukul 7.00 pagi (Khamis).. akupun bergerak balik...

Salah satu pulau yang berdekatan dengan tempat kami memancing...

Antara kemudahan yang disediakan di atas rakit tersebut...

Biasanya... kalau malam minggu dan cuti umum... ramai kaki-kaki pancing memancing di Rakit Salleh nie..

Nie.. dia hero tido tak sampai 2 jam... gare2 leka memancing...

Read full post >>

Tag Dari Kamsiah - work Station

2 Komentar

Dalam tempoh 2 minggu yang lalu... aku telah mendapat homework dari blogger Kamsiah
yang aku kenali seorang suri rumah yang begitu bertanggungjawab
di dalam menguruskan hal-ehwal rumah tangga. Sebelum itu pohon kemaafan
dipinta kerana terlalu lewat benar rasanya untukku membereskan homework yang
diberi...

Antara aturan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

"snap work station anda. then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag aku ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa"

So.... nielah hasilnya....


Actually... nielah salah satu tempat work station aku di rumah iaitu di ruang tamu... ada beberapa tempat khusus lagi yang boleh aku jadikan work station nie.... seperti di bilik tidur, di meja tulis, beranda rumah, dan di mane saja kawasan yang berada dilingkungan 50 meter persegi... maklumlah...... ape yang perlu aku lakukan ialah... onkan saja notebook aku..... then aku bole layari internet jika berada di dalam lingkungan 50 meter persegi yang aku nyatakan di atas... itulah kemudahan wifi...

About.... nak pas-pas tag nie kat 7 blogger yang lain nie.... tak dapatlah nak aku lunaskan... bukan ape...rasanya semua bloggers dah menerima tag yang sama..... Lastly...for Kamsiah... sori yek lambat reply tag nie.... apepun saya amat menghargai tag yang anda berikan itu...

Read full post >>

Penghargaan Lagi: Award Dari Kasihsufi - Idany

1 Komentar


Dapat lagi buah tangan dari Blogger Kasihsufi-Idany,
"Friends Forever".... begitulah juga harapan saya terhadap
persahabatan yang terjalin di alam maya ini....
Walaupun jauh di depan mata... tetapi hubungan yang terjalin
seakan-akan berada di depan mata....
Moga.... Sufi-Idany, terus sukses dalam menghasilkan karya
yang mampu dikongsi bersama dengan pembaca-pembaca blogger yang lain...
Blog Keluarga Bahagia amat menghargai pemberianmu itu...
Thank's forever....


Read full post >>

Penghargaan : Award Dari Sedetikhati - Azza

Rabu, November 19 2 Komentar

Terima kasih ditujukan khas untuk blogger Sedetikhati - Azza-irah,
di atas pemberian award Best blogger Award 2008/2009.
Kami dari blog Keluarga Bahagia amat menghargainya...

Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ini akan bertambah ceria...
Buat Azza... terus berkarya... dan berkarya di blog sedetikhati..
terima kasih sekali lagi... ikhlas dari Kak Mar & Cikgu Zam.

Read full post >>

Projek Mega: Membina Roket

Rabu, November 5 9 Komentar

Wah.... nampak gah gitu jika dilihat tajuk pada entry kali ini..... Apa tidaknya... membina roket. Itulah realitinya, bukan fantasi, bukan angan-angan kosong dan hakikat sebenarnya....... anak-anak muridku ini tidak berangan-angan di siang hari. Jika Malaysia berjaya melahirkan seorang angkasawan negara... tetapi aku juga boleh berbangga kerana berjaya melahirkan insan yang boleh mencipta pengangkutan menuju ke angkasa lepas.

Hehehehe..... kenapa? Anda tak percaya ke? Kalu tidak percaya kemampuan anak-anak didikku mencipta roket, sila perhatikan gambar dan tayangan video yang aku paparkan di entry kali ini. So.... u all nilailah sendiri......


Antara kumpulan yang sedang membina model roket......




Wahhh....roket kale merah la.... pasti nampak canggih nie..



Haaa...nielah model-model roket yang telah siap bersama model layang-layang...



Bersedia 1,2,3....... pelancaran roket SKPP 1 menuju ke planet Marikh siap sedia berlepas..



Satu lagi roket Saga 1 siap sedia dilancarkan ke angkasa lepas..




Jikalau anda nak tau... berjaya atau tidak roket ini dilancarkan.... sila lihat video di atas...

Read full post >>

Ucapan Ulangtahun: Perkahwinan & Kelahiran

Isnin, November 3 18 Komentar


Tik, tok, tik, tok...
Cepat betul detik berlalu.....
Tub....tub...tub...
Tanggal 5 November lagi sehari menjelma.....
Apakah keistimewaan tanggal 5 November ini

Untuk pengetahuan anda...
pada tanggal nielah...
aku dan isteriku...
dinikahkan pada tahun 1995...
Emmmm.....
Diam tak diam.....
dah hampir genap 13 tahun kami bergelar sebagai...
suami & isteri......
bukan itu saja....
juga gelaran sebagai...
mama & ayah
kepada 6 orang cahaya mata kami...
Begitulah bermaknanya tanggal
5 November kepada kami sekeluarga.
Dikesempatan ini...
saya ingin mengucapkan....
selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke-13
untuk isteri yang tercinta.....

"terima kasih di atas sokongan,dorongan, kasih,sayang dan tanggungjawab
yang dicurahkan kepada abang dan anak-anak selama ini..
abang dan anak-anak amat menghargainya...
Semoga ikatan ini..
terus berkekalan hingga ke akhir hayat kita....
Insyaallah."
Tidak ketinggalan juga....
ucapan selamat hari ulangtahun yang ke-6 tahun untuk anak kami yang ke-4 iaitu
Muhammad Haiqal pada tanggal 5 November 2008..
dengan ucapan... jangan nakal-nakal..
jangan suka usik adik Ina & Aina...
Lagi sekali... tanggal keramat 5 November.......
sebab tu... 5 November amat sinonim dalam hidup kami berdua..

Haaa.... masih ade lagi ucapan..
tidak lupa juga ucapan selamat hari ulangtahun yang ke-7 tahun
untuk Nur Athirah... anak kami yang ke-3
yang jatuh pada 6 November nanti....
hehehehehe..... selang sehari selepas hari ulangtahun
perkahwinan kami & harijadi adiknya...Muhammad Haiqal..
Memang amat bermakna bulan November nie..
bagi kami sekeluarga...


Oppsss.... belum habis lagi....
masih ade lagi ucapan hari ulangtahun untuk ahli blog Keluarga Bahagia...
tidak ketinggalan juga selamat ulangtahun kepada
Nur Aina Mariah yang bakal genap setahun
pada 13 November nie nanti...
hehehe...si kecik nie dah setahun rupanya...
cepat yea...pandai jalan...


Kesimpulannya.....
Banyak peristiwa & kenangan yang
amat bermakna untuk kami sekeluarga di bulan November nie...

Read full post >>

Riadah Di pagi Minggu : Cuci Kereta

Ahad, November 2 8 Komentar

Pada pagi nie aku mengambil keputusan untuk 'mencarwashkan' ke dua-dua keretaku iaitu Naza Citra dan Proton Iswara..... Dah lama rasanya tak cuci kereta sendiri.... Biasanya aku cuci keretaku di pusat car wash saje.... jimat la sedikit dan yang paling penting dapat keluarkan sikit peluh....

Antara peralatan yang diperlukan untuk mencuci....


Beginilah kotornya Iswara & Citra sebelum dicuci....

Baru 10 minit aku mencuci kereta, jiranku iaitu En Hamizun ingin join sama mencuci keretanya.... Akupun mempelawanya...Taklah rasa bosan... Bersyukur aku sebab tukang siram air ke body kereta dah ada yang siramkan... maklumlah kena cepat siram sebab panas terik matahari walaupun baru pukul 10.00 pagi dah begitu panas... cecair sabun yang digosok di kereta cepat menjadi kering... So misi pada pagi nie ada 3 kereta yang hendak dicuci....

Nie dia... En Hamizun, macam pelatih bomba sedang berlatih memadamkan kebakaran la...

Cuci jangan tak cuci... kasi kilat sport rim tu......
Hehehe... sekali-sekala seronok main air nie.....

Setelah 1 jam setengah kami 'membalun' ketiga-tiga buah kereta... maka nampaklah hasilnya.... walaupun nampak tak seperti kereta baru dari kedai... tpi ceria, dan menarik bila di pandang.... Nielah hasilnya.....





Haa..... kilat tak? Ape pendapat anda..... bole tak aku buka satu pusat car wash?

Read full post >>

Tag lagi......

2 Komentar

Salam untuk semua...

Apabila aku on notebook pada pagi nie.... biasalah... ruangan shoutbox akan ku jenguk dahulu... heheheh.... ade pesanan dari Azza tepat pada pukul 10.49 malam tadi..... yang mengatakan aku ditag. Tqlah coz aku diberi kepercayaan untuk menerimanya...

Bila ku teliti syarat tag pada kali ini... nampak mudah tp kalu kita tak sporting.... aku rasa sukar untuk melaksanakannnya..... Kau orng nak tau ape dia punya syarat2 tag pada kali nie...

v

v

v

v

v

v

v

v

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this


So... nielah hasilnya bila pic tu dah disnapp.......

Tengoklah tu.... anak-anak aku 3 orang nie iaitu Haikal 6 tahun, Athirah 5 tahun dan Aina 12 bulan... pantang nak ambil gambar....nybuk sakan..... hehehehe....belum mandi lagi nie tau..... Snapp pic nie sekitar pukul 8.20 pagi... sambil-sambil tunggu sarap....

Emmmmm... Pasal syarat yang terakhir kena panjangkan ke 10 orang tu aku rasa...... tak dapat nak dilaksanakan... memandangkan aku tak ramai kenkawan blog nie... lagipun kengkawan yang ade dah kena tag.....yang belum kenapun sibuk ngan assigment memasing...


Read full post >>

Chiken Dance's

Sabtu, November 1 2 Komentar

Salam untuk semua...

Video di atas merupakan sebahagian dari aktiviti kursus menangani Stress. Anda dapat saksikan betapa santainya cikgu-cikgi nie bila dapat bergelek ala-ala ayam gitu... Macam-macam aksi dan gaya ade... tp maaflah pic dia kurang clear... Untuk melihat lagi aksi dan gelagat cikgu-cikgi nie.... sila klik sini

Read full post >>