Pantun Nasihat
Selasa, Oktober 21 Labels: Pantun 22 KomentarPantun 1)
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pantun 2)
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Pantun 3)
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pantun 4)
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Pantun 5)
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Salam untuk semua rakan bloggers serta pengunjung Blog Keluarga Bahagia. Emmm... din3... yang terbaru ini saya mempelawa kepada anda semua untuk berbalas pantun.... Meriahkanlah komen-komen anda dengan pantun yang berunsurkan nasihat.... Pantun teka-teki atau lucu atau yang lain-lain.... kita wat lain kali yea.... So...ape tunggu lagi...gelanggang telah dibuka....




salam..
cuba ya..
jika untung timbullah sabut
tenggelamnya batu kerana berat
salam ikhlas pasti bersambut
jalinan ukhwah tersemi erat
wangi sungguh si bunga kantan
dipetik untuk memasak laksa
alam maya jadi jambatan
penghubung jiwa berkongsi rasa
semangat tinggi bertekad azam
berputus tidak walau terluka
terima kasih temanku zam
menyedia ruang kita berseloka
salam cikgu zam...
dengar ya!!!
berhari raya ke rumah jiran,
jalan beriringan berpegangan tangan,
salam ukhwah telah dihulurkan,
semoga ikatan kekal berpanjangan
duduk bersila di atas tikar
sambil minum secawan kopi
ikatan ukhwah biarlah mekar
berbagai ilmu dapat dikongsi
Salam... di pagi nan syahdu
Dengar yea Azza:
Alam nan maya luas terbuka,
Menjadi ikatan jalinan mesra,
Telah ku sebut dan ku duga,
Sapaanku pasti kau lawa.
Indah kiasan molek tersusun,
Sembang pantun jenguk sedetik,
Lama rasanya tidak berpantun,
Rindu di hati datang mengusik.
Salam perpaduan untuk semua,
Maafku pinta sedar kesilapan,
Bukan sebab tidurnya lena,
Line internet mengalami gangguan.
Azza ke sekolah berbaju biru,
Pergi sekolah pukul satu,
Pelajar mesti hormatkan guru,
Kerana guru pebekal ilmu.
p/s: Cuba2 yea pakai baju kale biru lepas nie.... hehehehe..
Dengar yea Kak Mala:
Anak rusa masuk ke taman,
Puas sudah orang memburu,
Kalau muda jadikan teman,
Kalau tua jadikan guru.
Cikgu Mala ke kedai membeli halia,
Emak pesan membeli gula,
Jadilah insan berhati mulia,
Baik hati, budi dan bahasa.
ida pun nak cuba gak.... hikhikhik
senyum si dara sebagai pembebat
penawar rasa pemuda Berlin
salam bersambut tangan berjabat
tanda ukhuwah kini dijalin
terbang si punai mencari wadah
wadah penghujung sebagai tanda
indahnya jalinan tanpa wajah
semoga kukuh dan kekal dipersada
ida menumpang penuh santun
mencari teduhan hujan yang lebat
tidaklah pandai menguntum pantun
hanya seulas sebagai ubat.
hiks3.... cikgu zam... silah komen...
Pantun balas untuk Idanny:
Anak kecil berlari-lari,
Berlari-lari di halaman rumah,
Pantun dibalas penganti diri,
Untukmu tuan yang peramah.
Sufi Idany gadis menawan,
Semyumnya ayu nampak berseri,
Pantun dibalas untukmu tuan,
Harap brsua di lain kali.
hehehehehe... TQ idany kerana memeriahkan ruangan ini..
thanks cikgu....
penat otak pk nak pantun2 ni
ida tk pandai sgt pntun mantun ni....
singgah sebentar di seberang takir
penat hilang bahagia sekali
salam bersambut senyum terukir
ikatan murni terjalin kembali
mulut terkunci diri terkaku
pedihnya hati tidak terperi
biru bukan pilihan hati ku
pasti suram sepanjang hari
ikhlaskan hati moga diberkati
senyum terukir manis berseri
gerimis malam dinginkan hati
tarik selimut lenakan diri
lena dah ke...heheee..
hehe..
ala cikgu Zam..yang masuk sini semua yang pandai berpantun..Saya tak reti la..hehehe
Bekerja kuat berbekalkan azam
bersemangat tinggi menjadi kaya
Terimakasih pada cikgu zam
Kerana sudi berkawan dengan saya
Hahahaha..boleh la tu kot..
P/S.. Saya ni selalu mix up cikgu zam dengan sorang lagi blogger, zamz..jgn satu hari nanti tersalah orang pulak.
Zam to Tirana:
Dengar yea...
Berjalan-jalan mencari kawan,
Sambil berjalan mengurut jari,
Kawan baik jadikan tauladan,
Tapi.. musuh jangan dicari.
Tirana nama diberi,
Wajah ayu nan berseri,
Terima kasih ucapanku beri,
Sudi-sudi, datanglah lagi.
p/s: Terima kasih kerana memeriahkan ruangan ini.
Sekejap aje pantun berbalas ye..
Duduk di tangga membilang jari
Anak ayam di dalam peti
Teman ketawa mudah dicari
Teman menangis kekal di hati
Anak ayam di dalam peti
Anak itik di tepi perigi
Andai jemputan seikhlas hati,
InsyaAllah, tentu saya datang lagi
To Tirana & yg lenlain juga..
Ajakan ku bukan main-mainan,
Lahir dari hati nan sanubari,
Marilah datang.. marilah teman,
Buatlah.. macam bolg sendiri.
tenang air menghambat derita
perahu mudik sayu terasa
pantun seloka budaya kita
kekalkan ia warisan bangsa
sekadar memeriahkan..
salam cikgu zam...
maya x pandai berpantun..
sekadar mencuba..
anak udang disambar ikan
ikan merah dijual di pekan
salam kenalan hamba hulurkan
moga ukhwah dapat dijalinkan
pergi ke kedai membeli gula
gula di beli di kedai zila
pantun hamba banyak yang cela
tidak seperti Puan Mala
Pantun Nasihat cikgu zam punya cerita
hamba datang menumpang sama
ampun maaf hamba pinta
silap dan salah diperbetul sama
maaf ye cikgu zam... memang tak pandai berpantun..
Salam to Onez & Anis juga yang nak tau jawapannye....
Napelah ahti tu leh terluka yea... kalu betul terluka bersabar lah yea... arap2 bukan begitu... nielah jawapan dari hamba..
Cantik sungguh Mak Limah bergaya,
Duduk bersimpuh di bawah pohon,
Hati yang terluka ada penawarnya,
Pada Allah SWT kita.. bermohon.
Semoga berpuashati ngan balasan ni... TQ coz memeriahkan ruangan pantun..
buat cikgu onez..
rinag sungguh burung kenari
mematuk makan di tangan nyonya
hati terluka menguji diri
muhasabah diri berserah padaNya
salam..
ermmm adat la cikgu zam,
Buah langsat kuning mencelah,
Sayang senduduk berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Hari panas mencucuk benang,
Benang menjahit baju kebaya;
Air jernih lubuknya tenang,
Jangan disangka tiada buaya.
Simpan sepatu jangan dibalut,
Simpan sahaja di dalam peti;
Bertanam tebu di bibir mulut,
Bertanam halia di dalam hati.
Anak yu mati terlentang,
Mati ditikam duri sembilang;
Pilu hati bukan kepalang,
Gunung tinggi menjadi padang.
p/s :
Buah mengkudu buah pulasan,
Nasihat terdahulu , terima kasihku ucapkan.
emmm... nak bagi pantun nasihat bagi rog yang terluka atau tengah kecewa....
Anak punai anak merbah,
Hinggap ditonggak mencari sarang,
Anak sungai lagikan berubah,
Inikan pula hati orang.
Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan jadi entahkan tidak.
sebening mata terasa sayu
janji lama takkan tertagih
kasih orang jangan dirayu
nanti kita seolah terhegeh
gagah sungguh pemuda berkuda
memacu laju belati di tangan
memang perit sebak di dada
ku bawa smpai ke akhir nanti
masak ranum buah peria
tertutup dengan daun semalu
jika benar sayangkan dia
doakan dia bahagia selalu..
moga dia bahagia...
Gunung daik bercabang tiga,
Jika didaki merahlah muka;
Siapa sangka siapa menduga,
Handal rupanya Azza berseloka.
Yea... saya setuju ngan One z... Azza layak diberikan 5 star dalam ruangan berpantun nie...
Kembang mekar bunga di taman
Hiasan sanggul nak dara sunti
Salam perkenalan hamba ucapkan
Baru jumpa blog ini
Zam, saya baru menjengah blog sdr.
Sedikit ilmu yang dikongsi, berhati-hati untuk membina pantun yang baik, kerana sering kita fokuskan kepada rima akhir iaitu abab.
Sebenarnya, untuk pantun yang baik, tumpuan untuk rima tengah juga harus diambilkira, seperti contoh serangkap pantun dalam entry terbaru Zam:
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Perhatikan rima tengah pada perkataan 'kandis' (baris pertama) yang sama bunyinya dengan 'manis' (baris 3) tetapi rima tengah 'sekali' (baris 2) tidak pula sama dengan 'manis' (baris 4)
Bagaimanapun, ia bukanlah kecacatan yang besar, kerana kebiasaannya bunyi rima akhir yang menentukan kesedapan bunyi pantun.
Wallahua'alam..