Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Nusa Damai Banjir

Isnin, Oktober 6 1 Komentar

Hari ini dalam pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai. Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengkibatkan terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai dimasuki air. Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk tersebut sejak 1 Syawal tempohari.

Lebih memburukkan keadaan perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan dinaiki air. Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.





video

Keluarga Bahagia

1 Komentar: to “ Nusa Damai Banjir so far...

  • Kerajaan Rakyat 8 Oktober 2008 11:04 PTG
     

    Salam dan Slmt Hari Raya Cikgu,

    Waduh!! Beraya dalam banjir??

    Awal 80an saya tinggal di Pasir Gudang, (Taman Air Biru). Mengajar di JB, (English College / Maktab Sultan Abu Bakar). Isteri bertugas di Pasir Gudang. Ketika itu belum ada Taman Nusa Damai. Di mana taman itu cikgu?

    Rindu juga untuk ke Pasir Gudang. Dulunya saya selalu ke Pasir Putih, (Kalau tidak silaplah, namanya Pasir Putih- tepi pantai).

    Jika ingatan ini belum pudar, rasanya SK Pasir Putih juga tidak jauh dari pantai. Pada masa itu ada 2 atau 3 restoran makanan laut kepunyaan orang Melayu di sana.

    'Terbaru' saya ke Pasir Gudang tahun 1998. Pastinya sekarang sudah banyak berubah.

    Salam takzim
    kerajaanrakyat