Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Part 2: Program Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah

Jumaat, Oktober 31 0 Komentar

Read full post >>

Part 1: Program Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah

Selasa, Oktober 28 0 Komentar

Salam...

Buat pengetahuan rakan-rakan dan pengunjung blog Keluarga Bahagia, bermula 28 - 30 Oktober yang lalu saya berpeluang membawa murid sekolah seramai 4 orang ke Program Tunas Pendidikan Pencegahan Dadah.

Program tersebut diadakan di Kem Denai Alam, SK Seri Bukit Batu, Muar. Kami bertolak dari Pasir Gudang dalam pukul 11.45 pagi. Perjalanan ke Muar sejauh 250 km. Aku telah mengambil keputusan untuk tidak melalui lebuh raya utara - selatan. Pekan Nanas menjadi destinasi pilihanku untuk berhenti rehat untuk makan dan solat zohor.Sedang kami menikmati makan tengahari... satu kemalangan jalanraya telah berlaku berhampiran dengan tempat makan kami.



Aku bernasib baik... apa tidaknya, kemalangan tersebut betul-betul berlaku berdekatan dengan keretaku... mujurlah kenderaan yang terlibat itu tidak terbabas.... kalau tidak.... minta dijauhkanlah... Tepat jam 1.40 petang aku meneruskan perjalanan ke Muar yang akan melalui daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar. Alhamdulillah tepat jam 4.45 petang aku sampai ke destinasi yang ditujui.... Untuk berkongsi pengalaman sepanjang program tersebut ... perhatikanlah slide bergambar di part2....

Read full post >>

Happy Deepavali

Sabtu, Oktober 25 5 Komentar



Salam sejahtera...
Saya mewakili keluarga di Blog Keluarga Bahagia
Ingin mengambil kesempatan mengucapkan
" Happy Deepavali"
terutama kepada En Naga sekeluarga (Sentosa),
kawan-kawan lama di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting
iaitu En Gobi sekeluarga, Puan Jayanthi sekeluarga, En Selvam dan keluarga
serta tak lupa juga kepada Puan Jagreet sekeluarga.
Tidak ketinggalan juga kepada rakyat Malaysia
yang menyambutnya.
"Semoga hidup anda & keluarga bertambah bahagia.."

Read full post >>

Pantun Nasihat

Selasa, Oktober 21 22 Komentar

Pantun 1)

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Pantun 2)
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Pantun 3)
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pantun 4)
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang
Pantun 5)
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
Salam untuk semua rakan bloggers serta pengunjung Blog Keluarga Bahagia. Emmm... din3... yang terbaru ini saya mempelawa kepada anda semua untuk berbalas pantun.... Meriahkanlah komen-komen anda dengan pantun yang berunsurkan nasihat.... Pantun teka-teki atau lucu atau yang lain-lain.... kita wat lain kali yea.... So...ape tunggu lagi...gelanggang telah dibuka....

Read full post >>

Tag: Hebat Sungguh Channel Astromu Azza...

Isnin, Oktober 20 9 Komentar

Salam...

Bertemu kembali... Petang ini keadaan cuaca di sekitar Pasir Gudang agak suram. Kebarangkalian hujan turun amatlah tinggi peratusnya.. Ingatkan petang nie nak cari idea buat posting terbaru... Excited sangat buka notebook... buka jerr laman blog Keluarga Bahagia... ada pesanan dari Azza yang aku telah ditag.... Ape ke benda tag tu...? Ialah sebab aku nie blogger baru... setelah aku amat-amati... baru aku faham 'tag game nie..'. Betullah cikgu Azza nie... bagi homework kat aku lak... Buat Azza dan pengunjung sekalian ..harap berpuas hati ngan jawapan dariku...

1. The age you’ll be on your next birthday:
36 tahun... Ubanpun dah makin banyak... cuma lum pakai tongkat jerr

2. Place you want to travel to:
Yang utama... Mekah...

3. Your favorite place:
Pemandangan yang menarik di tepi pantai...

4. Your favorite food:
Asam pedas ikan patin & ayam masak kari....

5. Your favorite pet:
Ada banyak spt yang saya dah bela ialah hamster, kucing, kura-kura & ikan...
Tp la nie...tinggal ikan jerr...

6. Favorite color combination:
Biru & Merah

7. Favorite piece of clothing:
Pakaian yang nampak simple dan kemas...

8. Your all time favorite song:
Lagu sentimental dan tradisional...

9. Favorite TV show:
Lain sikit dari yang lain nie... Buletin Utama..

10. First name of your significant other/crush:
Zamzam06 tpi bukan Zamzam alakazam tau...

11. Which town do you live in:
Pasir Gudang... baru naik taraf jadi MPPG dari PBTPG... tulah pasal elaun colapun baru naik dari RM 100 kepada RM 200...

12. Your screen name/nickname:
Zam atau aszli.73

13. Your first job:
Guru sandaran selama 6 bulan ngan gaji RM720... sebelum masuk maktab tahun 1993.

14. Your dream job:
Mase sekolah rendah... nak jadi polis ngan tentera... maklumlah
terpengaruh nagn cerita Combat mase kecik-kecik..
Naik sekolah menengah nak jadi cikgu... al-hamdulillah dimakbulkan..

15. One bad habit that you have:
Naik angin.... sampai kuarr asap... hehehehe..

16. Worst fear:
Citerr seram..

17: Things you’d like to do before you die:
Nak lihat anak-anak membesar dan mampu berdikari dengan usaha meka sendiri..

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
ermm... 1/4.. sedekahkan.., 1/4 lgi.. laburkan.., 1/4 faraidkan pada anak-anak
& 1/4 lagi... kegunaan aku dan isterila...


19. Your husband/wife:
Cikgu Marjaniah... umur 35 tahun depan..

20. Tagged anyone?
~ cikgu Mala~
~ cikgu Anisah~

Jawab-jangan tak jawab yea...........

Read full post >>

Aku Ada Untukmu

Ahad, Oktober 19 5 Komentar

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita
Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang pdamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Read full post >>

Aku Jadi Tukang Paip

2 Komentar

Salam... buat semua pengunjung Blog Keluarga Bahagia. Sihat tak hari nie? Moga perkataan sihat itu sentiasa menemani anda di setiap masa. Kalau tak sihat.... pergilah jumpa doktor yea... Oklah, pagi nie kerja luar aku ialah jadi tukang paip atau plumber. Kekadang aku diberi kepercayaan oleh rakan-rakan untuk memasang dan membetulkan barangan elektrik... Aku bukanlah mahir sangat, sekadar tahu sikit-sikit jerr..

Berbalik pada cerita paip nie... aku ditemani anak iaitu Mohammmad Haikal(6 tahun) telah sampai di rumah salah seorang guru di sekolahku. Sampai saje di rumahnya dalam pukul 10.00 pagi, akupun meninjau kerosakan paip yang dialami. Ade 2 kepala paip yang perlu ditukar dan satu paip yang perlu dibersihkan kerana banyak 'taik-taik' air yang tersumbat dalam saluran pili tersebut.

Setelah meninjau kerosakan akupun pergi membeli barang-barang yang diperlukan di sebuah kedai hardware di Kg. Pasir Puteh. Alhamdulillah, aku mengambil masa 40 minit menukar kepala paip yang lama dengan yang baru. Hah.. yang aku nak bagitau kepada anda semua ialah... semua gambar-gambar yang ditayangkan di atas telah diambil oleh anak aku, Muhammad Haikal. Hehehe.. seronok dia dapat ambil gambar guna handphoneku iaitu Nokia N70...

Read full post >>

Lagi Galeri Gambar Raya

Jumaat, Oktober 17 1 Komentar

Read full post >>

Mendidik Anak: Fahami Fikiran Anak

Khamis, Oktober 16 0 Komentar

MENDIDIK anak perlu bersandarkan pengetahuan, kerana meniru didikan dari keluarga yang kita anggap cemerlang semata-mata tanpa menyesuaikan dengan keluarga serta kemampuan diri, anda hanya dianggap sebagai ibu bapa yang tidak berpendirian.

Didikan awal kanak-kanak amatlah penting kerana ia membawa kepada corak peribadinya pada masa depan. Mustahaknya aspek itu menyebabkan Islam amat menitikberatkan didikan anak-anak dan menggalakkan ibu bapa melalui kehidupan yang sempurna.Malah Imam Al-Ghazali pernah menyatakan: "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannya dengan belajar terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya dan membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga dia akan sering mencari alasan untuk membebaskan diri daripada keadaan sesak itu."

Dalam hal ini, biarlah anak kecil bebas melakukan apa yang mereka suka, asalkan tidak memudaratkan diri dan orang lain serta berfaedah untuknya, namun kegiatan itu perlu dipastikan agar tidak melanggar syariat Islam.Malangnya, segelintir ibu bapa hari ini masih kurang memahami aspek didikan menjadikan anak keliru mengenai kewujudan dirinya dalam keluarga.

Pakar Psikiatrik Kanak-kanak dan Remaja, Hospital Selayang, Dr Fauzi Ismail berkata, beberapa ciri keibubapaan yang dikenal pasti diamalkan hari ini ialah mengarah, menyekat, membenarkan dan mendidik.Jelasnya, ibu bapa yang mengarah selalunya berpunca dari ibu bapa yang tidak bersedia menimbang anak menyebabkan kehadiran mereka dianggap tidak penting, sementara ibu bapa yang gemar menyekat cenderung mengongkong apa yang dilakukan anak hingga menyebabkan segala tindakan dilakukan anak-anak, semuanya tidak betul malah mudah menghukum.

Keibubapaan yang membenarkan pula turut menimbulkan kemudaratan apabila membenarkan segala tindakan anak tanpa berfikir panjang sama ada sesuatu tindakan dilakukan itu baik atau sebaliknya. Keibubapaan yang terbaik ialah membimbing dan memberikan tunjuk ajar, menghukum apabila silap tetapi memberikan kebebasan apabila perlu.

"Didikan dianggap aspek paling penting kerana ia adalah corak awal membentuk keperibadian mereka yang dibawa sehingga ke dewasa. Selalu orang berkata, 'alah... budak-budak, biasalah kena marah kalau tidak mereka tidak belajar.' Sebenarnya, kanak-kanak boleh dimarah tetapi marah pun perlu diiringi kemahiran kerana jangan sampai anak menyangka ibu bapa marah kerana membencinya, bukan marah kerana ingin memperbetulkan kesilapannya."

Walaupun segelintir anak, secara luarannya nampak selamba dan tidak kisah bila dimarah tetapi jangan terkejut kerana ada segelintir yang menyimpan dendam, menyimpan pemikiran ibu bapa membencinya hingga menyebabkan apabila dewasa, mereka enggan berjumpa ibu bapanya sendiri," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Menjadi Ibu Bapa Yang Baik pada Seminar Ke Arah Menjadi Ibu Bapa dan Guru Mithali baru-baru ini.

Seminar sehari itu anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (1) Sultan Alam Shah, Petaling Jaya dan program Positive Parenting, Persatuan Pediatrik Malaysia.Beliau berkata, didikan yang kurang sempurna boleh memberi kesan kepada anak membabitkan keyakinan diri yang rendah menyebabkan selalu ketinggalan di dalam kelas dan mempunyai masalah disiplin.

Sebaliknya didikan sempurna mampu merapatkan hubungan kekeluargaan serta melahirkan anak yang ceria dan cemerlang, serta yakin terhadap kemampuan diri kerana sering di berikan sokongan moral."Ibu bapa selalu tersalah anggap menyatakan anak tidak memahami apa yang mereka lalui hingga menyebabkan mereka cenderung menipu. Sebagai contoh andai seorang ibu menitiskan air mata kerana dikasari suami, anda boleh katakan 'Mak menangis sebab dimarahi suami,' Kenyataan itu sudah cukup walaupun tidak menerangkan sebab dimarah, tetapi yang paling penting, jangan menipu. Jangan menitipkan elemen menipu dalam keluarga kerana kesannya buruk sekali," katanya.

Selain aspek didikan, apa yang dipertontonkan anak turut mempengaruhi mereka seperti televisyen dan komputer. Kotak hiburan itu sebenarnya mampu dikawal ibu bapa asalkan mereka mengambil berat apa yang dipertontonkan anak membabitkan bahan yang ditonton serta jumlah masa yang diberikan."Program bercorak hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menyisipkan elemen ilmu hanya membuang masa. Program seperti realti TV yang semakin digilai kini juga harus dperhalusi kerana bukan semua yang dilihat mendatangkan manfaat.

Namun dalam mendidik anak-anak ibu bapa seharusnya juga mencermin diri sendiri. Andai anak dilarang menonton terlalu lama, ibu bapa juga seharusnya mengehadkan masa menonton. Jangan menjadi mangsa TV."Ibu bapa perlu sedar andai mereka ingin membentuk anak menjadi sempurna, ia perlu dimulakan dari dalam diri sendiri. Berkasih sayanglah sesama sendiri kerana kasih sayang itu mampu diluahkan dan diterapkan dalam diri anak-anak," katanya.

FAKTA Mendidik anak

Kurangkan hukuman fizikal kerana ia hanya menyakitkan, tetapi kurang berkesan mendidik. Andai anak melakukan kesilapan yang perlu diberikan denda, jelaskan erti kesilapan mereka dan kenapa denda itu perlu dilakukan, seperti "Kita mempunyai undang-undang dalam keluarga yang tidak membenarkan pulang lewat dari jam tujuh malam, dan ia perlu dipatuhi..." dan anak-anak akan menerima kesilapan itu kerana ia sudah tahu melanggar peraturan dengan pulang pada jam 10 malam.Hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak sebagai pengajaran tetapi beberapa perkara perlu diambil kira iaitu jangan marah ketika kita berada dalam keadaan marah; mengherdik mereka di hadapan orang ramai atau kawan-kawannya; jangan marahkan mereka kerana dirinya sebaliknya atas kesalahan yang dilakukan.

Ibu bapa jangan terlalu berharap mendapat anak yang sempurna dari segala segi kerana adalah sesuatu yang biasa andai melakukan kesilapan apatah lagi memang manusia tidak sempurna. Ia amat bergantung kepada sejauh mana kemampuan ibu bapa itu sendiri.Matlamat disiplin ialah untuk mengawal dan membentuk peribadi anak dengan sempurna. Ada ibu bapa yang gembira andai mampu menjadikan anak bagai 'alat kawalan jauh' tetapi pernahkah kita terfikir adakah itu yang kita mahukan sedangkan anak mengikut kerana takut, bukan hormat?

Read full post >>

Air Oh Air.... Menitis Aje..

1 Komentar

"Oh air, oh air...

Kenapa kau menitis aje...

Macam mana aku tak menitis..

Pili paip rosak..


Oh pili, oh pili....
Kenapa engkau rosak...

Macam mana aku tak rosak...

Pengguna ganas sangat.."



Salam kembali... cuba nyanyikan senikata di atas mengikut irama lagu "bangau oh bangau" dan kalau dapat sambungkan senikata lagu di atas dan kirimkan kepada saya. Kenapa aku merepek tentang air nie....? Haa... yang sebenarnya kerja aku di sekolah tadi ada berkaitan dengan air. Ape kerja tu?

Begini ceritanya... biasala kalau di sekolah aku merupakan antara guru yang paling awal sarapan di kantin. Hari nie aku dah serbu kantin awal-awal lagi. Fullamak.... lauk ayam kari dan asam pedas ikan pari ... memang lauk kegemaran ku. Apalagi aku sambar pinggan, ambil nasi berlaukkan seketul lauk ayam kari dan ikan pari. Air nescaffe menjadi pilihan pada pagi ini.

Waktu nasi dah separuh aku makan.. tiba-tiba handsetku berbunyi. Bilaku lihat nombor yang tertera adalah nombor telefon sekolah. Akupun menjawab... rupanya Puan Kalsom GPK 1 aku yang telefon dan minta aku betulkan paip air yang rosak di tandas murid lelaki Blok C. Katanya air menitis keluar sejak semalam petang. Akupun menjawab yang aku akan lihat selepas aku habis makan.

Selesai membayar harga makanan, akupun terus menuju ke bilik air tersebut. Bila ku tinjau memang betul terdapat dua kepala paip yang menitiskan airnya tanpa henti-henti walaupun telah dipusingkan kepala pili air tersebut. Setlah aku mengenalpasti masalah dan cara mengatasinya, aku menuju ke pejabat untuk membuat laporan. Mendengar laporan ku itu, Sanisah kerani kewangan sekolah telah memberiku RM50 untuk membeli paip baru. Tanpa membuang masa aku terus ke pekan membeli keperluan yang diperlukan.

Akhirnya aku berjaya menggantikan kepala paip yang rosak itu. Aku mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk menukarkan kepala paip tersebut. Kos keseluruhan membeli dua kepala paip dan dua white tape ialah RM 23.70.

Sebenarnya apa yang ingin aku tekankan pada posting kali ini ialah kita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT diberi akal yang boleh menyelesaikan masalah. Apa yang perlu kita buat ialah gunakan akal yang diberi itu untuk berfikir bagaimana cara mengatasi masalah yang dihadapi. Ingatlah setiap kemahuan perlulah disertakan usaha dan daya setelah akal berjaya merungkaikan cabaran yang mendatang.

Read full post >>

Lagu Kita

Rabu, Oktober 15 0 Komentar


Lagu Kita

Deras hatiku berdetar,
Di langit aku terlihat kamu,
Terang malam,teman kita,


Dengan angin meniup sayu,
Ku petik gitar akustik ini,
Dengan harapan dia mendengar,
Melodi indah yang ku cipta,
Hanya untuk luahkan rinduku padanya,


Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa,
Berkelip melukis cinta,
Terciptalah lagu kita.

Read full post >>

Aktiviti Selepas UPSR: Perlawanan Bola Sepak

Selasa, Oktober 14 1 Komentar

Aktiviti selepas UPSR bagi murid-murid tahun 6 SKPP ialah perlawanan bola sepak lelaki antara kumpulan dan perlawanan bola tampar bagi murid perempuan selain pertandingan bola jaring perempuan dan bola tampar lelaki pula yang akan menyusul. Sekurang-kurangnya dengan menganjurkan perlawanan ini, murid-murid tahun 6 akan dapat mengisi masa yang terluang dengan program yang berfaedah selepas UPSR.

Saksikanlah video anak2 muridku sedang mengejar sebiji bola.... macam2 ragam ade...

Read full post >>

Part 3: Suasana Rumah Terbuka Hari Raya

Ahad, Oktober 12 1 Komentar

Selain dari tayangan slide bergambar, aku juga sempat merakamkam suasana meriahnya majlis rumah terbuka dengan menggunakan handphone Nokia N70 ku. Video ini aku rakamkan dalam sekitar pukul 1.30 petang. Memang ramai jiran-jiran yang datang pada ketika itu. Di antaranya seperti keluarga En Hamizun, En Muslie sekeluarga, keluarga En Halim, keluarga En Azhar, keluarga En Sulaiman, keluarga En Md Sulaiman dan En Rizal sekeluarga. Meriah sungguh ketika itu. Saksikanlah...

Read full post >>

Part 2: Suasana Rumah Terbuka Hari Raya

1 Komentar


Tayangan slide bergambar di atas adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat aku 'snap' disepanjang majlis rumah terbukaku itu. Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang tidak sempat diuppload. Maklum saja la akibat kesuntukan masa dan tambahan pula talian Streamyx internet mengalami gangguan semalam bermula jam 10.00 malam(Sabtu) hingga pukul 1.00 petang (Ahad) baru dapat dipulihkan. Terpaksalah aku gunakan talian Celcom Broadband, tapi lambatlah pulak macam kura-kura merangkak dipunya 'speed' bila hendak mengupload. Sebentar lagi hendak pergi beraya pula, jadi mana yang sempat sajalah aku buat...

Read full post >>

Part 1: Suasana Rumah Terbuka Hari Raya

0 Komentar

Semalam (Sabtu) tanpa membuat perancangan dari awal aku dan keluarga telah menganjurkan rumah terbuka hari raya. Perancangan untuk menjemput sebahagian kecil rakan-rakan sekolah dan jiran berdekatan telah diutarakan pada pagi Jumaat oleh isteri tersayang. Pada mulanya agak keberatan hendak membuat majlis tersebut sebab tidak pasti lagi program pada hari sabtu hendak ke mana. Sebenarnya pada hari tersebut aku sendiri dijemput oleh rakan lama ke majlis rumah terbukanya, tapi tidak mengapalah.... raya sebulan... lain kali aku boleh pergi ke rumahnya.. Insyaallah.. kepada Fusi Salim, maaf tidak dapat hadir ke rumah semalam...


Mee kari menjadi menu utama kami untuk menjamu rakan-rakan dan jiran-jiran yang dijemput selain sedikit kuih-muih dan buah tembikai sebagai 'pencuci mulut'. Sementara air oren menjadi pilihan. Majlis rumah terbuka kami bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.


Ramai juga jiran yang datang bersama keluarga masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakan sekolah juga datang memeriahkan majlis tersebut. Kepada yang sudi datang kami sekeluarga dari blog Keluarga Bahagia mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kunjungan kalian. Semoga ikatan silaturrahim sesama kita semakin erat terjalin. Jika terdapat kesalahan dan kekurangan di dalam penganjuran majlis tersebut, harap di maafkan.

Read full post >>

Rumah Terbuka Meriahkan Sambutan Hari Raya

Sabtu, Oktober 11 2 Komentar




Rumah terbuka atau 'open house' telah menjadi satu tradisi apabila sesuatu perayan disambut. Sempena dibulan Syawal yang mulia ini tambahan mood raya masih menebal maka penganjuran rumah terbuka akan dibuat. Seakan seperti satu pesta yang dipenuhi dengan berbagai juadah hidangan jika masing-masing membuat majlis rumah terbuka.

Walaubagaimanapun bentuk penganjuran rumah terbuka itu dibuat dan diolah, aspek pembaziran janganlah kita lupakan. Bersederhanalah dalam apa jua yang ingin kita kehendaki. Tujuan utama yang paling penting sesuatu rumah terbuka itu dibuat ialah mengeratkan silaturrahim sambil bermaaf-maafan di antara satu sama lain.



Read full post >>

Peperiksaan Akhir Tahun

Jumaat, Oktober 10 1 Komentar


Hari ini genap lima hari anak-anak muridku bersekolah selepas cuti hari raya. Bermakna tinggal seminggu sahaja lagi untuk aku membuat ulangkaji kerana pada 20 / 10 / 2008 peperiksaan akhir tahun bagi daerah Pasir Gudang akan bermula. Sekejap sahaja sudah sampai penghujung sessi persekolahan 2008.
Jadi pada hari ini aku mengambil kesempatan membuat ulangkaji matematik. Aku menyuruh murid-muridku tahun 5A2 menjawab soalan Matematik kertas 2. Tujuan aku mengadakan ujian pra ini untuk mendapatkan maklumat sama ada mereka telah membuat persediaan atau tidak untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. Keputusan mereka akan ku jadikan panduan untuk membantu mereka sebelum peperiksaan berlangsung. Itupun cuma hanya seminggu.

Read full post >>

Sessi Bergambar

Khamis, Oktober 9 0 Komentar

Salam.. bertemu kembali, antara aktiviti-aktiviti selepas UPSR pada tahun ini ialah sessi bergambar atau sessi fotografi. Pelbagai ragam akan dapat dirakamkan, apatah lagi bila melibatkan 5 buah kelas dari 6A1 hingga 6A5. Bagi diriku merasakan tidak berapa penting sangat kerana aku tidak memegang mana-mana kelas tahun 6. Jadi peluang nak bergambar untuk bersama anak murid untuk kelas sendiri, tidak kesampaianlah. Walaubagaimanapun aku sempat juga merakamkan beberapa keping gambar bersama sebahagian anak-anak murid ku di tahun 6 yang seramai 165 orang.
Agak sukar untuk mencari sudut yang sesuai untuk bergambar. Al-maklumlah kawasan sekolah yang terhad. Ditambahan pula ingin mengejar masa, jika lambat... terik mentari akan memancarkan kepanasannya. Akhirnya sudut berlatar belakangkan makmal komputer menjadi pilihan.

Bersama anak murid kelas 6A3
Sebahagian tenaga pengajar tahun 6 bersama pentadbiran sekolah
Bergambar bersama murid-murid lelaki tahun 6, SKPP

Read full post >>

Nusa Damai Banjir

Isnin, Oktober 6 1 Komentar

Hari ini dalam pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai. Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengkibatkan terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai dimasuki air. Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk tersebut sejak 1 Syawal tempohari.

Lebih memburukkan keadaan perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan dinaiki air. Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.





Read full post >>

Kembali Bekerja: "Selamat pagi cikgu...."

0 Komentar

Hari ini Isnin(6 Oktober 2008) bermakna sessi persekolahan bermula lagi selepas cuti raya. Kembali berjumpa anak-anak murid di sekolah. Aku dan anak-anak begitu bersemangat untuk kembali semula ke sekolah. Seawal 5.30 pagi lagi telah bangun dan bersiap apa yang patut sebelum pergi ke sekolah. Agak kelam kabut sedikit hendak ke sekolah, maklum la... kurang membuat persiapan malam tadi... sehinggakan aku tidak sempat minum seteguk air sebelum ke sekolah.

Tepat jam 6.53 pagi aku telah berada di kawasan sekolah. Setelah punch card aku bergerak ke bilik guru, sempat juga bertanya khabar dan bersalam-salaman bersama rakan-rakan seperjuangan. Ternyata suasana raya masih wujud. Macam biasa setiap hari Isnin, perhimpunan pagi akan diadakan. Aku dan rakan-rakan bergerak ke balai serbaguna. Alhamdulillah, aku tidak dapat relief hari ini, tapi mungkin ada tugas lain yang menanti.... aku kena terus bersedia dan bersedia. Diharapkan pada hari pertama persekolahan selepas hari raya ini, segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan.
Bagi aku P&P untuk hari ini tiada masalah kerana murid-murid tahun 6 mempunyai programnya tersendiri selapas UPSR. Kuiz Bahasa Melayu akan dijalankan selepas naik rehat. Sebelum itu murid diberi peluang untuk membentuk kumpulan untuk pertandingan koir, nasyid, bola sepak dan bola tampar.


kuiz Bahasa Melayu telah dikendalikan oleh Puan Norhana binti Ahmad kamari.

Sebahagian daripada kumpulan yang menyertai pertandingan kuiz Bahasa Melayu.
Murid yang tidak terlibat memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang mengambil bahagian.

Read full post >>

Riang-ria Hari Raya 3

Sabtu, Oktober 4 0 Komentar

Read full post >>

Riang-ria Hari Raya 2

0 Komentar

Read full post >>

Riang-ria Hari Raya 1

0 Komentar

Read full post >>

Raya: 1 Syawal

Rabu, Oktober 1 1 Komentar

Alhamdulillah.. 1 Syawal telah dilalui dengan penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT. Pagi-pagi lagi aku dan anak-anak telah bersiap mengenakan baju raya. Selesai menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri, kami sekeluarga menjamu selera juadah raya iaitu ketupat, rendang ayam dan daging, ayam masak kari serta kuah lodeh. Menyelerakan sungguh. Selesai makan bersama, upacara bermaaf-maafan sesama seisi keluarga berlangsung. Itulah tradisi apabila syawal menjelma sambil diselitkan sessi bergambar.

Agenda seterusnya kami berkunjung ke rumah adik-beradik, sanak-saudara serta jiran-jiran lama di kampung. Anak-anak penat keletihan bergerak ke satu tempat ke satu tempat. Walaupun penat mereka berasa gembira apabila mendapat duit raya.

Posing bersama kereta kesayangan sebelum pergi menunaikan sembahyang hari raya.
Pose istimewa bersama isteri tercinta....
Bersama anak-anak tercinta....
Majlis bermaaf-maafan selepas bersembahyang hari raya..

Suasana yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak....... untuk menjadi Orang Kaya Baru (OKB) iaitu menerima duit raya.

Menziarahi pusara bonda tercinta.. Allayarhamah Hajjah Mastiah Binti Haji Ahmad.

Read full post >>