Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Suasana Meriah Malam 1 Syawal

Selasa, September 30 0 Komentar



Alhamdulillah... kami sekeluarga selamat sampai di kediaman ibu mertuaku yang terletak bersebelahan Universiti Teknologi Tun Hussin On di Parit Raja, Batu Pahat pada pukul 9 malam. Tidak banyak kenderaan disepanjang perjalanan kami dari Johor Bahru. Mungkin sudah ramai warga Johor bahru yang pulang awal ke desa masing-masing.Selepas kami bersalaman bersama bonda tercinta, abang kakak, ipar duai, anak-anak bersama sepupunya tidak melepaskan peluang bermain bunga api. Semoga Syawal yang menjelma ini membawa keberkatan buat kami sekeluarga. Amin.

Read full post >>

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jumaat, September 26 1 Komentar



Salam.... Umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan bulan Syawal tinggal beberapa hari saja lagi.Dikesempatan ini, saya selaku ketua blog Keluarga Bahagia ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung yang pernah mengunjungi blog ini. Terima kasih di atas kunjungan anda dengan ucapan maaf zahir dan batin. Semoga anda semua selamat sampai menuju ke destinasi apabila pulang berhari raya nanti.

Read full post >>

Video Teacher's Stress Course 2

Rabu, September 24 0 Komentar

video

Read full post >>

Video Teacher's Stress Course 1

Selasa, September 23 0 Komentar

video

Read full post >>

Latest News: Chelsea Vs MU

Ahad, September 21 0 Komentar



REKOD tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri terselamat dari dimusnahkan oleh Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London semalam.

Rekod yang dimulakan oleh bekas bos Chelsea Jose Mourinho sejak mengambil alih skuad The Blues pada 2004 goyang setelah Manchester United mendahului pada separuh masa pertama hasil jaringan pemain Korea Selatan Park Ji Sung.

Bagaimanapun Chelsea bangkit di separuh masa kedua dan hasilnya pemain gantian Salamon Kalou berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Kedudukan 1-1 berakhir sehingga tamat perlawanan.

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 8

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 7

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 6

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 5

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 4

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 3

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 2

0 Komentar

Read full post >>

Susah senang bergelar guru: Kartun 1

0 Komentar

Read full post >>

Guru dinasihat jangan bincang soal politik di sekolah

0 Komentar


Kementerian Pelajaran menasihatkan guru supaya tidak membincangkan isu semasa politik di sekolah kerana dikhuatiri ia akan mengganggu tugas sebenar mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail berkata kementerian tidak mahu guru menjadi seolah-olah penganalisis politik dan mereka sepatutnya menumpukan sepenuhnya kepada tugas mendidik.

"Beban kerja guru sudah cukup berat. Kita tidak mahu guru kita terganggu atau terpesong dengan apa yang berlaku dalam keadaan politik sekarang.

"Jadi, saya tidak mahu mereka membincangkan isu politik di kawasan sekolah terutama di kantin," katanya selepas menghadiri mesyuarat Permuafakatan Pengurusan Pendidikan, di sini hari ini.

Razali berkata dengan peruntukan yang besar daripada kerajaan iaitu sejumlah RM31 bilion menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), guru sewajarnya sedar tugas mereka adalah memastikan transformasi murid dalam bidang akademik, kurikulum dan sahsiah benar-benar dapat dijayakan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan kementerian, demikian menurut Bernama.

Bagaimanapun, katanya setakat ini kementerian belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan tersebut dan menegaskan seramai 360,000 guru di seluruh negara boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar etika kerja.

Read full post >>

Chelsea Vs MU

Sabtu, September 20 0 Komentar



SEPANJANG hayatnya, John Terry barangkali tidak mungkin dapat melupakan rentetan 'tragedi' pada 21 Mei lalu.

Bayangkan di hadapan 69,552 penonton di Stadium Luzhniki, Moscow, dan berjuta-juta lagi yang menghadap kaca televisyen, Terry mempunyai peluang membuat pemilik Chelsea, Roman Abramovich, menjadi orang yang paling gembira di dunia ketika itu.

Sayangnya, Terry, yang boleh menentukan kemenangan pasukan Chelsea ke atas Manchester United dalam babak tendangan penalti, gagal mencari sasarannya.

Akibatnya, United memenangi pertandingan akhir Liga Juara-Juara Eropah itu dengan tendangan penalti 6-5 selepas pertarungan dalam masa tambahan berkesudahan seri 1-1.

Kini, hampir empat bulan kemudian, Terry bersama rakan-rakannya dalam pasukan Chelsea bukan sahaja boleh menebus kekalahan itu bahkan mempunyai peluang lebih cerah melakukannya.

Pertama, Chelsea akan menerima kunjungan United di Stamford Bridge esok. Sebab, musim lalu, Chelsea menewaskan United 2-1 di depan penyokongnya.

Kedua, banyak perubahan yang berlaku dalam kedua-dua pasukan ini dalam tempoh empat bulan ini.

Dilihat dari sudut United, pasukan itu telah pun melamar pemain Tottenham Hotspur, Dimitar Berbatov. Kehadiran Berbatov bagaikan melengkapi kekuatan United.

Tetapi masalahnya, kemungkinan Berbatov beraksi masih disangsikan kerana beliau difahamkan diganggu masalah kecederaan selepas kemunculan sulungnya menentang Liverpool.

Kemudian, Cristiano Ronaldo baru pulih daripada pembedahan pada pergelangan kakinya.

Ini bermakna Ronaldo mungkin tidak berbahaya seperti dalam final Liga Juara-Juara Eropah. Bahkan, beliau menjaringkan gol tunggal United pada minit ke-26.

Dilihat dari sudut Chelsea pula, pasukan itu bukan lagi dipimpin oleh Avram Grant.

Sebaliknya, Luiz Felipe Scolari, jurulatih yang pernah membantu Brazil menjulang Piala Dunia 2002, dipikat untuk menyertai Chelsea.

Di bawah pimpinan Scolari, Chelsea menjadi pasukan yang lebih segar dari segi cetusan idea permainan, jalinan persefahaman dan corak permainan.

Kehadiran bekas pemain Barcelona, Deco, memantapkan jentera midfield Chelsea. Kemunculan Jose Bosingwa dari Porto menambah kekuatan pertahanan Chelsea.

Jadi, tidak hairanlah jika Chelsea tidak pernah kecundang dalam lima perlawanannya. Bahkan, mereka pernah menang empat kali dan seri sekali. Dari segi gol, mereka telah menjaringkan 13 gol.

Ini berbeza dengan United sejak meniti musim 2008-2009, permainannya begitu sederhana, termasuk kecundang 1-2 di tangan Zenit St Petersburg dalam Piala Super Eropah dan 1-2 di tangan Liverpool dalam Liga Perdana England.

Melihat kepada fakta di atas, Chelsea menjadi pilihan untuk menang.

Tetapi pengurus pasukan United, Sir Alex Ferguson, telah memberikan semacam amaran bahawa pasukannya akan bangkit dan kembali mengancam.

Amaran itu wajar diberi perhatian kerana di kalangan pemain yang membentuk kesebelasan utama United, tidak kira Paul Scholes, Wayne Rooney, Carlos Tevez atau Ronaldo, kesemuanya mempunyai kelebihan memperlihatkan sekilas kecemerlangan yang boleh membawa padah ke atas Chelsea.

Tetapi di bawah Scolari, Chelsea lebih mantap dari segi bertahan dan menyerang.

Dengan kelebihan itu, Terry bersama rakan-rakannya akan menebus kepahitan 'tragedi' 21 Mei lalu.

Dua kelab terbaik Inggeris dan Eropah bakal berentap di Stamford Bridge malam esok penentu siapa lebih gah musim ini. Namu 'The Blues' punyai banyak kelebihan kali ini

Read full post >>

KURSUS NOTEBOOK FASA 6

Rabu, September 17 0 Komentar



SK TAMAN PASIR PUTIH - Selama 3 hari bermula 15 September 2008 hingga 17 September 2008, guru-guru yang menerima notebook PPSMI bagi fasa 6 telah berkursus tentang penggunaan notebook tersebut. Seramai 30 orang guru telah terlibat dalam kursus ini. Ini merupakan kumpulan yang pertama.Selain penggunaan notebook, peserta kursus juga telah didedahkan dengan pelbagai sofware yang boleh membantu pembelajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Kursus yang berjalan selama 3 hari tersebut telah dikendalikan oleh Puan Emma.

Read full post >>

YANG TERSURAT & YANG TERSIRAT?

Ahad, September 14 0 Komentar

Merujuk kepada tajuk di atas, pada kali ini anda diminta melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Setelah anda melihatnya, renungklah sejenak betapa besarnya keagungan Allah. sekian wassalam.








Read full post >>

AIDILFITRI MENJELMA LAGI: SUDAHKAH ANDA BERZAKAT?

0 Komentar

ZAKAT FITRAH

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan
tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup
selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan
Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1) WAKTU WAJIB - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit
matahari esoknya.
2) WAKTU YANG PALING AFDHAL - Sebelum sembahyang Hari Raya
3) WAKTU SUNAT - Sepanjang bulan Ramadhan
4) WAKTU MAKRUH - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu
Syawal
5) WAKTU HARAM - Selepas terbenam matahari satu Syawal

Read full post >>

UPSR 2008 : SEMOGA BERJAYA

Selasa, September 9 0 Komentar

Pada pagi ini anak-anak kita yang berada di tahun 6 di seluruh negara akan mula menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)2008 sehingga hari khamis (11 September 2008 ). Marilah bersama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita itu mendapat kejayaan yang diimpikan.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki UPSR kepada Muhammad Hilman bin Aszlizam, Muhammad Aizat Bin Ahmad Tan, Muhammad Aiman Bin Pozi dan Muhammad Taufik Bin Safuan dengan ucapan semoga anda berempat memperolehi kejayaan. Amin.

Read full post >>

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sabtu, September 6 0 Komentar

"Selamat berbuka puasa kepada keluarga yang berada di Kuala Lumpur sekarang ini terutama kepada bonda Khadijah, Ani sekeluarga dan Ipin sekeluaraga serta kepada semua muslimin dan muslimat..., semoga ibadah puasa hari ini mendapat keberkatan dari Allah....."

Read full post >>

ADAB BERBUKA PUASA

Jumaat, September 5 0 Komentar

Berbuka Puasa

Orang yang berpuasa dianjurkan untuk mempercepat berbuka jika memang telah masuk waktu berbuka. Tidak boleh menundanya meski ia merasa masih kuat untuk berpuasa. ‘Amr bin Maimun Al-Audi meriwayatkan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْجَلَ النَّاسِ إِفْطًارًا وَأَبْطَأَهُمْ سُحُوْرًا

"Para shahabat Muhammad n adalah orang yang paling cepat berbukanya dan paling lambat sahurnya." (HR. Al-Baihaqi, 4/238, dan Al-Hafidz Ibnu Hajar t menshahihkan sanadnya)

Read full post >>

JASAMU TETAP DIKENANG : A SAMAD ISMAIL

1 Komentar



Al Fatihah.

Pak Samad telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.58 petang tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 2 Jalan 16/7C, Petaling Jaya dan akan dikebumikan pada hari esok, selepas solat Jumaat.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham...

Ikhlas daripada blog Keluarga Bahagia

Read full post >>

TAZKIRAH RAMADHAN

Khamis, September 4 0 Komentar

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Di antara sunat puasa yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah
bersahur. Bersabda Nabi (saw):
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.”
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda:
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat
kepada orang-orang yang bersahur”.
(hadis Riwayat Ahmad)

Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw):
“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera
berbukanya dan paling lambat bersahurnya”
(Riwayat Baihaqi)

Di sana terdapat hikmah dan berkat yang besar dari sahur dan melewatkannya. Pertama,
ia memberi kekuatan kepada yang berpuasa. Tetapi lebih besar ertinya pada kita ialah
sahur memberi peluang untuk mendapat ucapan selawat dari Allah dan para malaikat.
Bukan mudah untuk kita melayakkan diri menerima ucapan selawat daripada Pencipta
dan Penguasa Alam dan para malaikat-Nya. Ini merupakan satu anugerah yang perlu
direbut oleh setiap insan. Mengingatkan anugerah ini, pastinya tidak terlalu sukar untuk kita bangun esok pagi untuk bersahur.

Satu lagi hikmah yang besar dari sahur yang lewat ialah ia akan memastikan kita berjaga di penghujung malam menjelang subuh; satu saat yang amat mustajab untuk berdoa.Ambillah peluang bangunnya kita di waktu sahur untuk menunaikan dua rakaat solat tahajjud atau hajat dan berdo’alah kepada-Nya Yang Maha Mendengar.

Di samping itu, bangunnya kita untuk bersahur menjelang subuh akan memastikan agar
kita dapat solat subuh di awal waktunya; satu amalan yang amat disukai. Menurut
sebuah hadis dari Abu Mas’ud al-Ansari:

“ Bahwa Rasulullah (saw) melakukan solat subuh di saat kelam pada akhir malam (di
awal waktu subuh), kemudian pada kali lain dilakukannya ketika hari mulai terang.
Setelah itu solat tetap dilakukannya pada waktu gelap tersebut sehingga beliau wafat,
dan tidak pernah lagi di waktu hari telah mulai terang.”
(riwayat Abu Daud dan Baihaqi)

Di samping itu, berkesempatan pula kita bersolat sunat subuh yang disebutkan oleh Nabi(saw):

“Dua rakaat sunat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
(hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidhi dan an-Nisa’i)

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan
dirinya telah kuat. Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi,
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat,
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya.Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas sunnah Nabi-nya.

Read full post >>

GALERI BERGAMBAR

Selasa, September 2 0 Komentar

Read full post >>

SOLAT TERAWIH

0 Komentar

SOLAT TARAWIH

Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

Sabda Rasulullah s.a.w :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمر فيه بعزيمة فيقول ، من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه .

Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

Read full post >>

IBADAT PUASA

Isnin, September 1 0 Komentar



“ Nawaitu sauma ghadin an ada-I fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi Taala. ”

Maksudnya: “ Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. ”

PENGERTIAN PUASA

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.



Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad(keluar daripada Islam).

SYARAT WAJIB PUASA

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:

1. Islam: Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa.

3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

SYARAT-SYARAT SAH PUASA

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1. Islam: Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.

2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya.

3. Suci daripada nifas dan haid.

4. Masuk waktu puasa.

5. Berniat pada setiap malam: Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.

6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

RUKUN PUASA

1. Orang yang berpuasa.

2. Niat.

3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

HIKMAH PUASA

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah.

2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).

3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain.

4. Meningkatkan kesihatan diri.

5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.

6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran: Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia.

2. Bulan penuh berkat: Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka. “"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa: Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar: Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) sehingga terbit fajar.

DOA HARIAN BULAN RAMADHAN

HARI PERTAMA : "Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha pengampun daripada segala dosa."

HARI KEDUA : "Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

HARI KETIGA : “Ya Allah, limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

HARI KEEMPAT : “Ya Allah, berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemulian Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat..”

HARI KELIMA : “Ya Allah, tempatkan aku dikalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku dikalangan Auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hamper di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala pengasih.”

HARI KEENAM : “Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mud an janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

HARI KETUJUH : “Ya Allah, bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkan aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

HARI KELAPAN : “Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

HARI KESEMBILAN : “Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

HARI KESEPULUH : “Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

HARI KESEBELAS : “Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

HARI KEDUA BELAS : “Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

HARI KETIGA BELAS : “Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

HARI KEEMPAT BELAS : “Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

HARI KELIMA BELAS : “Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

HARI KEENAM BELAS : “Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

HARI KETUJUH BELAS : “Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

HARI KELAPAN BELAS : “Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

HARI KELAPAN BELAS: “Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

HARI KESEMBILAN BELAS : “Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

HARI KEDUA PULUH : “Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

HARI KEDUA PULUH SATU : “Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

HARI KEDUA PULUH DUA : “Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

HARI KEDUA PULUH TIGA : “Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

HARI KEDUA PULUH EMPAT : “Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

HARI KEDUA PULUH LIMA : “Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

HARI KEDUA PULUH ENAM : “Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

HARI KEDUA PULUH TUJUH : “Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

HARI KEDUA PULUH LAPAN : “Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : “Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

HARI KETIGA PULUH : “Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

" Malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.amin a rabbalalamin..

Selamat Berpuasa...

Read full post >>

Marhaban Ya Ramadan

0 Komentar

Read full post >>