Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Ramadan al-mubarak menjelma lagi...... "Selamat Berpuasa.."

Ahad, Ogos 31 0 Komentar



Read full post >>

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Sabtu, Ogos 30 0 Komentar

Kemerdekaan: Kita Kadang-Kadang Terlupa

Esok maka sekali lagi, kita dapat merayakan Hari Kemerdekaan yang ke 51. Maka aku dan rakyat Malaysia akan bercuti dan sama-samalah kita jenguk di TV, aturcara yang disusun sempena menyambut hari kemerdekaan. Itulah rutin setiap tahun, pengisian untuk hari kemerdekaan, aku pun tidak tahu sebab tidak diajarkan sebegitu. Tahun ini, nampaknya tidak ramai yang memasang bendera, bukan sahaja di halaman rumah ataupun di kenderaan masing-masing. Sepanjang aku pulang bekerja setiap hari bermula awal bulan 8, boleh dikira sangat kenderaan yang mundar-mandir di jalan raya tidak memasang bendera. Entah mengapa semangat kemerdekaan tahun ini semakin berkurangan ataupun semangat nasionalisme kita semakin pupus. Malah semangat aku untuk memasang bendera pun luntur kerana kemeriahannya tidak terasa.

Setiap kali hari kemerdekaan, pasti nama-nama ini Tunku Abdul Razak, Tun sambathan, Tun Tan Cheng Lok dan ramai lagi dalam UMNO, MIC, MCA, senang cakap dalam Parti Perikatan merupakan hero dalam perjuangan kemerdekaan. Semasa bersekolah menengah pun, dalam mata pelajaran sejarah pun banyak ditekankan mereka pejuang kemerdekaan. Bagaimana pula dengan Rashid Maiden, Abdullah CD ataupun Shamsiah Fakeh, mereka juga berjuang dalam menuntut kemerdekaan negara. Mereka memilih platform yang lebih radikal, secara keganasan, berjuang dalam hutan belantara dan memilih Parti Komunis Malaya untuk mengusir British. Perjuangan mereka adalah sama, bermakna niat mereka sama dengan orang-orang dalam UMNO tetapi bezanya mereka diburu dan orang-orang dalam Perikatan tidak diburu.

Bagaimana dengan Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestaman ataupun Pak Sako, mereka juga adalah pejuang kemerdekaan. Semangat mereka begitu kental, dengan cabaran dan dugaan membuat ceramah ataupun mengedarkan risalah. Ditentang sehebatnya oleh British dek kerana keberanian mereka. Bagaimana dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Pergerakan mereka dahulu pernah menggegarkan jiwa dan mencabar kesabaran British di ketika itu. Anak-anak muda hari ini tidak pernah tahu atau kenal pejuang dan pergerakan yang tidak sebegitu popular seperti UMNO. UMNO diketika itu ditubuhkan oleh orang-orang bangsawan jadi mereka mempunyai wang yang banyak dalam perjuangan mereka tetapi para pejuang yang bawah tanah ini terpaksa menggunakan segala harta mereka dan derma-derma orang kampung. Kita lupa kerana mereka tidak ditonjol di TV ataupun di dalam buku-buku sejarah.

Rakan-rakan sekalian, kalau anda tidak percaya perit maung perjuangan mereka cuba cari buku memoir Shamsiah Fakeh, Abdullah CD ataupun Rashid Mahiden, pasti anda akan tersedar, mereka merupakan pejuangan kebebasan sejati. Walaupun sering kali dikatakan mereka melarikan diri, tetapi kebenarannya BUKAN, mereka ada sebab yang tersendiri. Itulah kita, kita kadang-kadang terlupa yang mereka juga pejuang kemerdekaan. Mereka sepatutnya menerima anugerah ataupun pujian sama dengan pejuang-pejuang yang kita puji-puji sekarang. DARI BLOG ANAK MUDA PARLIMEN BATU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN. BERDOALAH KEPADA ALLAHS.W.T. SUPAYA NEGARA KITA INI LEBAIH MAKBUR DAN AMAN.

MEREKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Read full post >>

Selamat Harijadi...

Ahad, Ogos 3 0 Komentar

Selamat menyambuat harijadi yang ke - 34 tahun pada 4/8/2008 untuk mama dan Iman yang ke- 12 tahun pada 7/8/2008, Semoga bahagia di samping keluarga dan rakan-rakan...... Amin...

video

Read full post >>

Si Cilik Belajar Bergelek.....

Sabtu, Ogos 2 0 Komentar

video

Read full post >>