Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Keluarga Besar: Haji Tobari Bin Haji Yusof

Ahad, Julai 13 0 Komentar

Assalamualaikum.... bertemu kembali setelah lama tidak mengemaskini blog ini. Al-maklum kesibukan kerja menghimpit ruang yang terluang menjadi lebih sempit. Ruangan pada kali ini lebih kepada ingin mengingatkan kembali nostalgia keluarga kami apabila semua balik ke kampung. Meriah, sempit dan gamat itulah yang dapat disimpulkan... Beberapa keping gambar ini akan dapat memberikan gambaran yang sebenarnya situasi tersebut..

Koleksi gambar-gambar ini diambil sekitar perhimpunan Hari Raya Aidilfitri tahun-tahun yang lepas.. Kalau nak diikutkan sekiranya semua kaum kerabat Haji Tobari ini berkumpul dari peringkat anak-anak hingga ke piut dianggarkan berjumlah 70 orang kesemuanya.. hahahaha... ramaikan... Itulah meriah, sempit dan gamat seperti yang telah saya nyatakan diatas.

Gambar kenangan.... baru hanya sebilangan kecil saja...

Berkumpul ketika sambutan Hari Raya Aidifitri tahun 2006

Kenangan.... ketika sambutan hari raya pada tahun 2005, ni tak semua berkumpul....

Keluarga Bahagia