Pengendali Utama Blog Keluarga Bahagia

Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Informasi KB

SELAMAT DATANG. UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN YANG LEBIH BERMUTU, BLOG INI SESUAI DILAYARI MENGGUNAKAN MOZILLA FIREFOX DAN JIKA TERDAPAT KESULITAN, SILA MAKLUMKAN KEPADA KAMI. HARAP MAKLUM.

Info Solat KB

~Ruangan Chit-chat @ KB~

Adakah anda bersetuju, Matematik dan sains diajar dalam Bahasa Inggeris?

Award Berserta Tag Dari @liyannuar

Rabu, Disember 31 5 Komentar

Award yang cute diatas KB dapat daripada @liyannuar.... Terima kasih yea... tapi award ini diberi berserta dengan tagnya... Sayarat-syarat tagnya pula seperti berikut:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog KELUARGA BAHAGIA untuk mendapatkan award anda"

Berikut merupakan 10 hobiku.....:
  1. Dah tentulah sekali hobi kegemaran jikalau semua kerja dah settle.... apalagi kalau tidak ZZZzzzzZZZ... tido leee buat taik mata..
  2. Mengadap notebook nielah.... jenguk blog kengkawan dan tak ketinggalan blog KB.. kekadang sampai lupa nak makan.... hehehehehe... tu yang slim je.. badan....
  3. Suka perati gelagat manusia... kalau kat rumah tu suka sangat lihat gelagat anak-anak...macam2 style ade... kekadang suka buat taksiran sendiri dari hasil pemerhatian..
  4. Memancing.... terutama udang galah.... tpi hobi ini dilakukan jika betul2 ade masa yang terluang..
  5. Seterusnya... mengeteh/mengopi... sambil berjumpa kengkawan di gerai/restoran.. kekadang kawan datang ke rumah ajak minum... ape lagi kena layanlah... sebab mereka yang belanja.. aku sesekali je la...
  6. Beriadah di waktu petang untuk mengeluarkan peluh... seperti bermain bola tampar/ ping pong dan sebagainya bersama jiran-jiran.
  7. Basuh kereta tapi itupun jika tidak terlalu penat.... jikalau penat... ke pusat car washlahhh..
  8. Berjalan-jalan ... bawa family... seperti ke tepi pantai,... tpi kurang gemar bawa family ke pesta2 yang sesak daaa..... rimas aku rasa...
  9. Suka tolong orang...jika aku berkemampuan.... selagi termampu aku tolong... sukar nak menolak permintaan tolong dari kengkawan..ataupun adik-beradik..
  10. Suka kepada benda-benda yang menarik..terutama yang melibatkan keindahan alam... tenang jiwa rasanya bila melihat pemandangan yang indah...
Seterusnya award dan tag ini aku hadiahkan kepada 10 rakan blogger di bawah ini:

Brader One Z / Azza / Sephia / Yanmie / Farah / Fiza / Papa & Umie / Anisah / Miss Farha / Miss Jaz

Read full post >>

Kad Ucapan Dari Sephia

0 Komentar

~Kad ucapan pemberian Sephia... terima kasih..~

Read full post >>

Gift Dari Fiza

0 Komentar


~Kad ucapan di atas KB dapat dari Fiza...... terima kasih...
moga tahun baru ini membawa kebahagian
buat Fiza sekeluarga..~

Read full post >>

Bayar Hutang Tag Dari Yanmie

1 Komentar

Pada beberapa hari yang lalu aku telah ditag oleh Yanmie.. Antara arahan tag tersebut seperti berikut:

1)Snap the picture both inner and outer of your wallet
2)Introduce the wallet brand,price and where you buy
3)take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)
4) Snap the picture of the wallet and yourself
5)Tag another 5 person~Jenis Leno.. pemberian isteri sempena sambutan harijadi 2007..~

~500.... hehehehe...banyak tu... saja aku simpan dalam beg duit...~

Aku tidak berhajat untuk memanjangkan tag ini kepada sesiapa...
memandangkan kengkawan yang lain sibuk...

Read full post >>

Langsai Tag dari Dazz

0 Komentar

Hampir 2 minggu tag yang diberikan oleh Dazz ini aku perap... Ini disebabkan begitu sukar bagiku untuk mendapatkan gambar kedua ibubapaku. Jika yang ada padaku pun tidak begitu sesuai untuk dipaparkan. Akhirnya dapat juga diri ini memilih gambar yang dirasakan begitu sesuai untuk memenuhi arahan yang tag diperlukan.

Arahan tag itu seperti berikut:

"post kn gambo mak abah korang
masa muda2 dulu"

Gambar ini dirakamkan ketika aku, isteri dan dua orang anak serta kedua ibubapaku pergi meronda-ronda dekat Putrajaya. Ketika itu pusat pentadbiran kerajaan itu baru dibuka. Jika tidak silap sekitar tahun 2001. Bulan berapa... hehehe..tak ingat dah.. Diharapkan gambar di bawah dapat memenuhi arahan tag itu yea Dazz..

~Allayarhamah bonda Hajjah Mastiah dan ayahda Haji Tobari..~

Read full post >>

Memori Sehari Pergi dan Balik JB - Gemas

Selasa, Disember 30 0 Komentar



Alhamdulillah... cuti sekolah kian hampir ke penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi musim persekolahan sesi 2009 akan bermula.. Maka masa untuk bercuti-cutian bolehlah dilupakan... kini masa untuk bekerja telah bermula... terutama kepada warga guru seperti ku dan isteriku..

Ketika waktu cuti...banyak program beriadah bersama keluarga telah ku rencanakan. Ini semua untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika musim cuti sekolah. Bagi mengakhiri program cuti sekolah ini... memori sehari JB-Gemas menaiki keretapi menjadi pilihan. Moga anak-anak dapat menimba pengalaman sepanjang perjalanan tersebut.

Read full post >>

Kad Ucapan Pemberian Suzi

0 Komentar

~Kad ucapan tahun baru dari Suzi..... thank's a lot... KB mendoakan Suzi n family gembira di perantauan...~

Read full post >>

Kad Ucapan Tahun Baru Dari Kamsiah

Isnin, Disember 29 0 Komentar

~2 Kad pemberian dari Kamsiah..... Tq.... kalau ada hendak lagi..~

Read full post >>

Gift Dari LInda

Sabtu, Disember 27 0 Komentar


~Terima kasih Linda...di atas pemberian kad-kad di atas... kalau ada bagi lagi yea..~

p/s: ketika ini kami baru melepasi stesyen keretapi Kluang.....
tut...tut....tuttttttttttttttttt...

Read full post >>

Keretapi Tanah Melayu (KTM) - Ku Tak Merasa (KTM)

1 Komentar

Tut...Tut....Tut...Tuttttttttttttt.....

Hehehehehe... begitulah agaknya bunyi keretapi bila membunyikan honnya. 'Keretapi Tanah Melayu Ku Tak Merasa (KTM2x)' ~ Saya bukannya tidak pernah langsung naik keratapi, sepanjang umur hendak masuk 36 tahun ini... cuma sekali sahaja saya merasa menaiki keratapi. Itupun seingatku pada tahun 1983 (agak-agaknyalah....).

Kalau dah aku sebagai ketua keluarga hanya sekali menaiki keratapi, apatah lagi anak-anakku.... memang tidak pernah lansung.... Yang menyedihkan emaknya pun tidak pernah merasa menaiki keretapi.... hehehehehe....

~Destinasi KTMku esok JB-Gemas~

Justeru itu, petang tadi saya telah pergi ke stesyen keretapi Johor Bahru. Apa lagi tujuan ke sana kalau tidak membeli tiket keretapi. Ya.... sebanyak 7 keping tiket telahku beli untuk perjalanan esok (Ahad/28 Disember 2008) dari stesyen keretapi Johor Bahru ke stesyen keretapi Gemas. Bertolak dari Johor Bahru ke Gemas pada jam 0600. Sebenarnya saya ingin anak-anak menimba pengalaman bagaimana suasana ketika menaiki keretapi. Kata orang biar mereka tidak jakun.... atau tidak mengambil masa terlalu lama untuk menikmati pengalaman menaiki keretapi sepertiku.. emak dan ayahnya...

~7 Keping tiket JB-Gemas.... semuanya RM 50.00/kelas ekonomi~

~Suasana dalam koc yang dinanti-nantikan.....~

Bukan anak-anak saja tidak sabar hendak merasa suasana berada di dalam koc esok.... saya dan isteri juga akan menjadikan perjalanan ini untuk menambahkan ikatan kekeluargaan di antara kami. Semoga esok semuanya berjalan lancar...... insyaallah... Amin.

Read full post >>

Selamat Tinggal 1429H, Selamat Datang 1430H

0 Komentar


Pada 29 Disember 2008(Isnin) ini, umat Islam akan menyambut tahun baru dari 1429H ke 1430H. Dikesempatan ini, blog Keluarga Bahagia (KB) ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah untuk semua muslimin dan muslimat terutama sekali kepada pengunjung-pengunjung blog KB. Semoga sambutan Maal Hijrah Isnin ini lebih bermakna dengan pengisiannya dari sambutan tahun baru Masehi 2008 ke 2009. Jadi sedikit panduan untuk kita menyambut kedatangan 1430H dari KB:

~Kisah Hijrah~

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).

Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Read full post >>

Kad Ucapan Maal Hijarah Dari Dazz

0 Komentar

~Kad diatas diberikan oleh Dazz, KB berbesarhati menerimanya.....~

Read full post >>

Borong Dari Yanmie @ Permata Hatiku

Jumaat, Disember 26 1 Komentar

Semua award dan kad diatas ini adalah pemberian daripada Yanmie @ Permata Hatiku.... Gembira sungguh menerimanya.... Rajin sungguh dan sangat kreatif Yanmie ni... Terima kasih, KB gembira menerimanya...

Read full post >>

Kalendar Pemberian Miss_Farha

Khamis, Disember 25 1 Komentar

~Pemberian Kalendar dari Miss_Farha... wahh tahun nie x yah gi kedai baru dapat
kalendar...... tq so much....so nice....~

Read full post >>

Kad Ucapan dari Farah @ Mommy Otai

0 Komentar

~Kad ucapan Selamat menyambut Tahun Baru 2009 di atas ini pemberian daripada
Farah @ Mommy Otai.
Terima kasih Farah.. Kb gembira dan senang sekali menerimanya....~

Read full post >>

Pemberian Anugerah - Idayu

Rabu, Disember 24 0 Komentar

Kedua-dua anugerah di bawah ini KB dapat daripada Idayu @ The Journey Of Life. Buat Idayu KB amat berbesar hati menerima pemberian dari anda... terima kasih diucapkan. Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ini berterusan... Insyaallah.

~Award pemberian dari Idayu @ The Journey Of Life..~

Read full post >>

Lagi Perkembangan PPSMI

0 Komentar

Berikut perkembangan isu PPSMI yang dimuatkan di berita Malaysiakini:

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada kerajaan untuk membatalkan pengajaran dan pembelajaraan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Jika gagal, ia bercadang untuk mengambil tindakan serius terhadap kerajaan termasuk mempertikaikan dasar itu di mahkamah, lapor Bernama.

Ketua II Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata gabungan itu mahukan supaya kerajaan bertegas dan mengambil kata putus dalam isu berkenaan secepat mungkin.

"Menteri Pelajaraan boleh cakap kami beremosi.

"Hakikatnya kami memang beremosi, tetapi ini ialah demi mempertahankan martabat Bahasa Melayu seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan," katanya selepas majlis makan malam Gapena bersama media malam tadi.

Gapena sebelum ini mendesak kerajaan supaya membuat keputusan untuk menukar kembali pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kepada Bahasa Melayu.

"Kami bersedia untuk mengambil tindakan tegas termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Pada majlis yang sama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan akhbar Utusan Malaysia menerima anugerah sulung Anugerah Citra Gapena.

Read full post >>

Gift Dari Miss Farha Lagi....

Selasa, Disember 23 0 Komentar

~Semyum Seindah Suria & Semyum itu sedekah..... Thanks Farha....~

Read full post >>

....Ketahuilah, Kau Pernah Menjadi Kekasihku....

8 Komentar

Ceh.... kalau dilihat tajuk entry di atas nie... cam ada unsur-unsur jiwanglah pulak. Hehehe... jangan salah sangka pulak... tajuk tu betul tapi pengisian ceritanya yang nak diutarakan bukan bersangkut paut dengan jantina perempuan mahupun lelaki. Tapi percayalah anda semua.. suatu ketika dulu , diri ini amat bangga dapat memiliki 'kekasih' ku ini. Apatah lagi... masa mula-mula memilikinya di awal tahun 2000.... kalau dapat nak bawa tidur....

Tapi sayangnya, janji-janji ingin memiliki dirinya sampai ke akhir hayatnya mahupun akhir hayatku.... hanya tinggal janji.... Aku terpaksa melepaskannya pada tahun 2002 bulan Oktober. Ini semua gara-gara kegawatan yang melanda ekonomi keluarga ketika itu.... Aku terpaksa melepaskannya........ sedih sangat ketika itu.....
~Wira Sedan(JDR 4554).... nielah kekasihku satu ketika dulu....~

~Hilman & Afiqah sempat bergambar bersama kekasihku ini....... memori 2001~

Sebenarnya...... sudah lama aku ingin bersua dengan kekasihku ini sejak kami berpisah.... seperti dimakbulkan... ketika aku dan keluarga bertolak balik dari Rengit Ke Pasir Gudang... hajatku untuk bersua dengan bekas kekasihku ini makbulkan. Alangkah gembiranya hati ketika itu.... suka kerana hayat kami berdua masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu di antara satu sama lain.
~Detik pertemuan dan perpisahan pada Ahad(21/12/08) lalu...~

Untuk melepaskan rindu aku mengekorinya dari Sedenak sehinggalah kami berpisah di Bandaraya Johor Bahru. Terpisah sekali lagi... ntah bilakan bersua.. Hanya takdir Allah swt. yang dapat menentukannya. Semogakan bertemu lagi... Insyaallah.

Read full post >>

Gift Dari Miss Farha

Isnin, Disember 22 0 Komentar

Salam untuk semua di pagi Isnin yang ceria ini... Haaa.. pagi-pagi lagi aku dah merayap kat blog kengkawan ari nie... sambil-meayap tu aku amik sekali gift di blog Miss Farha nie. Katanya diberi untuk semua sahabat dan pengunjung di blognya. Terima kasih ya, Farha.. Keluarga Bahagia... berbesar hati menerimanya...

~Gift dari Miss Farha...bakal pendidik nie..~

Read full post >>

Kembalikan Matematik dan Sains Dalam Bahasa Melayu

Ahad, Disember 21 6 Komentar

Salam buat semua pengunjung KB... artikel pada kali ini merupakan petikan daripada pemimpin tertinggi UMNO yang sekarang ini bertanding merebut jawatan ketua pemuda UMNO dan juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor iaitu Dr Mohamad Khir Toyo. Bagi saya isu pengajaran Matematik dan Sains ini amat menarik dan perlu diikuti perkembangnya, apatah lagi saya merupakan salah seorang tenaga pengajar yang melaksanakan dasar kerajaan yang mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Adakah mungkin kerajaan akan kembali semula kepada sistem lama iaitu mengajar kedua-dua matapelajaran ini di dalam Bahasa Malaysia? Bagaimana pula dengan pendapat saudara-saudari pengunjung KB? Diharapkan anda dapat membuat undian yang KB sediakan sama ada bersetuju atau tidak pengajaran Matematik dan Sains ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Undi yea...jangan tak undi..

Berikut dibawah ini artikel diambil dari blog Dr Mohamad Khir Toyo:


1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini. Ini kerana di peringkat universiti atau pengajian tinggi banyak buku dan makalah dalam kedua-dua subjek ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

2. Dengan kata lain matlamat utama PPSMI ialah untuk melahirkan kumpulan pelajar yang menguasai ilmu terkini dalam kedua-dua bidang. Ia juga bertujuan melahirkan tenaga akademik yang berupaya menulis di dalam jurnal antarabangsa dan tenaga kerja yang memenuhi tuntutan pasaran kerja.

3. Di samping itu, PPSMI diharap dapat melahirkan generasi muda yang berkebolehan menggunakan bahasa Inggeris dengan baik.

4. Saban tahun polemik ini tidak pernah padam. Rencam pendapat dan alasannya pelbagai. Yang menyokong melihat dari sudut kepentingan generasi muda menguasai bahasa Inggeris dengan baik dalam menghadapi arus globalisasi.

5. Yang menentang pula melihat dari sudut penghakisan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan juga sebagai bahasa pengantar di Institut Pengajian Tinggi Awam.

6. Yang berbelah bagi ialah ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa menghadapi secara langsung kesan kepada sistem ini. Bagi golongan Melayu kelas elit dan pertengahan mereka kurang menghadapi masalah kerana anak-anak mereka telah pun didedahkan dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris sejak di tadika lagi.

7. Bagi kebanyakan orang Melayu, anak-anak mereka masih berfikir, bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu. Jika dulu ramai anak-anak Melayu merasa terasing dan sering tidak berminat dengan kelas bahasa Inggeris, hari ini sudah menular pula ke kelas matematik dan sains. Selain tidak faham, mereka juga merasa rendah diri dengan kekurangan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

8. Saya memahami hasrat kerajaan untuk melakukan kejutan budaya terhadap anak-anak di sekolah dan juga ibu bapa. Memang benar, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

9. Ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mahir dalam bahasa Inggeris. Tapi apakah bahasa Inggeris lebih penting dari kemahiran hidup seperti ilmu hisab (matematik) dan sains? Tentu ramai ibu bapa yang tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

10. Namun setelah lima tahun pelaksanaannya, kita perlu bertanya kembali, ruyung yang mahu dipecahkan sudah mengeluarkan sagu atau yang dikendong berciciran yang dikejar entah ke mana?

11. Apa guna kita melahirkan seribu ahli akademik yang melahirkan pendapat akademik dalam bahasa Inggeris dan terbentang dalam jurnal antarabangsa tetapi beratus ribu anak Melayu akan datang tidak menguasai kemahiran asas mengira dan juga ilmu kemahiran hidup (sains)?

12. Oleh kerana matematik dan sains juga merupakan matapelajaran teras dalam peperiksaan (dan juga ketika memohon kebanyakan pekerjaaan yang baik) , saya khuatir jurang di kalangan generasi muda bandar dan luar bandar akan bertambah jauh.

13. Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis.

14. Setelah mendengar banyak pendapat di bawah, juga pandangan di atas, yang dari “kiri”, juga “kanan” dan “atas pagar”, saya fikir:

a. Sudah tiba masanya kerajaan kembali kepada sistem pengajaran yang lama menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar untuk Matematik dan Sains di sekolah terutamanya dari tahun satu sehingga ke Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah.

b. Di samping itu, memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, saya ingin mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu.

c. Elaun tambahan yang sebelum ini diberikan kepada guru PPSMI boleh dikekalkan dengan syarat mereka memperuntukkan beberapa jam tertentu dalam seminggu mengajar kelas tambahan sebelah petang kepada para pelajar.

d. Dengan cara ini pelajar akan mendapat keuntungan maksima dari segi penguasaan Matemati dan Sains dan juga penguasaan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini.

e. Jika penguasaan bahasa Inggeris yang menjadi isu, maka sukatan pelajaran bahasa Inggeris sendiri perlu dirombak dan dicari kaedah yang lebih baik termasuk memperkenalkan mata pelajaran kesusasteraan inggeris di peringkat lebih awal.

15. Saya sedar betapa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin menghadapi keadaan yang amat sukar untuk membuat keputusan. Ini kerana walau apa pun keputusan yang dibuat ia akan tetap membangkitkan polemik baru. Tidak mungkin sesuatu keputusan yang dibuat akan memuaskan hati semua pihak.

16. Namun keputusan ini harus di buat atas kepentingan anak bangsa bukannya ego politik parti pemerintah mahu pun berdasarkan siapa yang paling kuat melobi.

17. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Demikian juga kerajaan yang mengubah sesuatu keputusan demi kebaikan yang lebih besar tidak akan jatuh maruahnya.

Read full post >>

Ole-ole Dari Farihan

Jumaat, Disember 19 0 Komentar


~Terima kasih Farihan atau lebih mesra dengan panggilan 'ehe'.... KB gembira menerimanya..~

Read full post >>

Suasana Kembali Ke Sekolah

6 Komentar

Penghujung tahun 2008 hampir sampai ke garisan penamatnya, ini bermakna juga bulan Disember hampir menutupkan tirainya. Maka dimusim-musim beginilah ibu-bapa mula pening memikirkan keperluan barangan yang hendak dibelikan untuk anak-anak yang bersekolah.

~Isteriku sibuk memilih kasut untuk anak-anak...~

Pukul purata seorang anak yang bersekolah di sekolah rendah memerlukan perbelanjaan di antara RM 150 hingga RM 200 seorang untuk membeli barangan sekolah dan yuran persekolahan. Anda bayangkanlah jika satu keluarga itu mempunyai anak yang bersekolah lebih dari seorang, dua orang, atau lebih...... Maka Rabaklah poket ibu-bapa bila musim persekolahan hampir tiba.

~Pilih...jangan tak pilih...~

Begitu jugalah aku dan isteri tidak boleh lari dari situasi ini. Kami mempunyai anak seramai 5 orang yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun 2009. Emmm.... kalau dikira secara kasar.. kami kena menyediakan RM 1000 untuk perbelanjaan mereka. Itupun kadang-kadang lebih daripada apa yang telah dibudgetkan. Alhamdulillah.. kami memang telah bersedia untuk menampung perbelanjaan tersebut.

~mencuba kasut....... oklah tu....~

Jadi, bonus yang kami dapat dalam bulan Disember memang sebahagian besarnya kami gunakan untuk membeli keperluan anak-anakmemasuki alam persekolahan. Maka pada hari ini (Khamis - 18/12/08) kami mengajak anak-anak membeli barangan keperluan sekolah mereka. Rabaklah.....rabak.... anda bagaimana pula.....?

~Amalina sibuk nak beg roda..... tahun depan tadika...~

~Baru dua bakul........ belum cukup...... hehehehehe~

Read full post >>

Tanda Ingatan dari Papa & Umie

2 Komentar


~Terima kasih buat Papa & Umie, semoga persahabatan maya yang terjalin ini
menjadi lebih bermakna lagi.....~

Read full post >>

Operasi Melamine

Khamis, Disember 18 4 Komentar

Pagi tadi apabila sedang menonton tv, terdapat info sisipan di peti kaca tv yang memberitahu bahawa penggunaan pinggan-mangkuk serta barangan lain yang diperbuat dari milamine amat berbahaya kepada kesihatan. Dengan erti kata lain yang lebih mudah... lebih baik dibuang kerana ia boleh mengakibatkan merebaknya penyakit yang dikaitkan dengan milamine.

Sehubungan daripada itu, pagi tadi isteriku telah membuat satu operasi iaitu mengasingkan pinggan-mangkuk yang diperbuat dripada milamine. Demi keselamatan kesihatan kami sekeluarga, pinggan-mangkuk tersebut dengan rela hati terpaksa dibuang... Entryku pada kali ini lebih kurang sama seperti yang telah dilakukan oleh @liyannuar.... So, anda bagaimana pula?

~Set pinggan-mangkuk diperbuat dari milamine yang terpaksa dibuang..~

Read full post >>

eCard Dari Tera

Rabu, Disember 17 2 Komentar



Terima kasih bebanyak buat Tera kerana memberi ecard di atas...... sangat-sangatlah bermakna benorr bagi kami....tq..tq..

Read full post >>

Salam perkenalan - Daz

Selasa, Disember 16 0 Komentar

Baru beberapa minit tadi, blog Keluarga Bahagia mendapat rakan baru iaitu Dazz... dan apabila kunjungan balas dibuat, aku sempat mengambil buah tangan dari blog Dazz.... salam persahabatan Daz...



~Ole2 dari Dazz~

Read full post >>

Sehari Di Terengganu

0 Komentar

Biarkan gambar-gambar ini berbicara...betapa sungguh indahnya memori sehari di Terengganu.

~Pemandangan gunung-ganang yang indah ketika ke Tasik Kenyir~

~Panorama indah Tasik Kenyir~

~Menabadikan kenangan bersama di Tasik Kenyir~

~Bersantai di Pantai Batu Buruk~

~Keunikan Masjid Kristal~

~Seindah memori kristal...~

Read full post >>